Monday, June 23, 2008

Sukan Tahunan SUK 2008






Sekolah Ugama Kiarong pada tahun 2008 ini sekali lagi mengadakan sukan tahunan antara rumah-rumah bagi tahun 2008 . Sukan ini dijalankan selama 2 hari iaitu bermula pada 09hb Februari 2008 iaitu hari Sabtu hingga hari Ahad 10hb Februari 2008. Yang mana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat.

Sepanjang sukan ini berlangsung, ianya melibatkan diantara lebih kurang 610 orang peserta termasuk guru-guru dan murid-murid. Yang mana tujuan utama sukan tahunan ini diadakan adalah bagi sama sama menjaga kesihatan warga sekolah dengan motto “Berriadah Untuk Kesihatan” kerana otak yang cergas terletak pada tubuh badan yang sihat. Disamping itu juga dengan adanya acara sukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatur rahim diantara guru-guru dan murid-murid. Selain itu , Pihak Sekolah juga berharap dengan terlaksannya Sukan Tahunan ini dapatlah mewujudkan keadaan suasana Sekolah Ugama yang ceria, sihat dan cemerlang serta mewujudkan budaya saing yang sihat dikalangan murid-murid.

Tahun ini 4 buah rumah bertanding bagi sama-sama merebut Piala Pusingan Juara Keseluruhan sumbangan daripada Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong . Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah Rumah Khalifah Sayidina Abu Bakar (Hijau) , Rumah Khalifah Sayidina Omar (Biru), Rumah Khalifah Sayidina Othman (Kuning) dan Rumah Khalifah Sayidina Ali (Merah).

Untuk 2 tahun berturut-turut Pasukan daripada Rumah Khalifah Sayidina Ali (Merah) muncul Juara keseluruhan dengan memperolehi 14 pingat emas , 6 perak dan 4 Gangsa. Manakala Rumah Sayidina Abu Bakar (Hijau) mendapat tempat ke 2 dengan memperolehi 4 emas, 5 perak dan 9 gangsa dan diikuti dengan Rumah Khalifah Sayidina Othman (Kuning) mendapat tempat ke 3 dengan memperolehi 4 emas,6 perak dan 5 gangsa.

Hadiah-hadiah perlawanan disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat.

3 comments:

Wan said...

nice...hehehehe

Editor SUK said...

Terima Kasih kerana memberikan comment anda.

SA-K said...

hahahah.. red team rule the school.. yeahs