Friday, June 27, 2008

Perasmian Program 5 "S" SUK




Pada 08hb Mei 2008 ( Khamis ) Perasmian Program 5 “S”. Bermula pada bulan Mei Sekolah Ugama Kiarong akan menjalani bulan bersopan santun iaitu dengan membudayakan 5 “S” sebagai amalan harian. 5 “S” yang dimaksudkan ialah SENYUM, SALAM, SAPA, SOPAN dan SANTUN. Minggu bersopan santun ini telah pun dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong sendiri iaitu Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat.

Program ini merupakan kesinambungan diantara program 5 “S” yang telah dirasmikan terlebih dahulu di Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut. Yang mana objektif utama program ini dijalankan adalah bagi menjadikan Sekolah Ugama sebagi satu institusi pendidikan yang memberikan pendidikan menyeluruh iaitu Pendidikan Ukhrawi dan Duniwi. Disamping itu juga melalui program 5 “S” ini keadaan sekolah akan lebih ceria, harmoni dan teratur. Murid-murid akan lebih berminat untuk menghadirkan diri ke Sekolah.

Di Dalam majlis perasmian minggu bersopan santun Sekolah Ugama Kiarong ini juga ianya di isikan dengan ceramah motivasi kearah kesedaran 5 “S” iaitu Senyum, Salam, Sapa, Sopan dan Santun. Ceramah motivasi tersebut telah disampaikan oleh Guru Kanan Akademik Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Mohd Shahrol Azmi Bin Hj Abd Muluk. Pada Majlis perasmian tersebut ianya diceriakan lagi dengan persembahan nasyid daripada murid-murid darjah 3 dan 4.

Sepanjang bulan penghayatan program 5 “S” ini juga, Sekolah Ugama Kiarong telah pun mengadakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai kesinambungan dengan program tersebut. Diantaranya , aktiviti mewarna gambar-gambar yang menunjukkan unsur-unsur 5 “S” iaitu bagi murid-murid darjah pra hingga 3. Manakala bagi murid-murid darjah 4 hingga 6 pula , mencipta slogan 5 “S” Sekolah Ugama Kiarong.

No comments: