Wednesday, June 25, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Darjah VI 2007



Pada 8hb Mac 2008 yang telah lalu, Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRUB Darjah VI 2007 dan diselajuri dengan penyampaian hadiah pelajar-pelajar lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan Akhir Tahun 2007.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil serta hadiah-hadiah galakan tersebut adalah Yang Mulia Ustazah Hjh Dk Masrelawati Bte Pg Hj Said iaitu Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan hidayatnya jua dapatlah dilaksanakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSRUB Darjah VI dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi Peperiksaan Akhir Tahun 1428H/2007M dengan jayanya pada hari tersebut.

Pada hari tersebut Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat telah pun memberikan kata-kata aluan, diantara kata-kata tersebut:
"Alhamdulillah,dengan berkat didikan dan pengajaran yang dicurahkan kepada pelajar-pelajar sekalian, peningkatan peratus lulus pelajar meningkat dari tahun ke setahun. Apa yang lebih membanggakan ialah peratus Peperiksaan SSRUB Darjah VI 2007 yang pertama kali diadakan telah melimpasi dari sasaran sekolah iaitu 85%-90% kepada peratus yang memberangsangkan iaitu 94% melalui 47 orang pelajar berkenaan. Syabas saya ucapkan.

Sehubungan dengan itu,pada para guru darjah dan guru-guru pembimbing yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan bekerja keras dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka semua untuk mencapai kejayaan, saya dengan penuh tulus ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar mahupun bantuan yang di berikan berupa sumbangan dan kewangan serta pengorbanan yang di curahkan kepada sekalian pelajar yang diraikan pada hari ini.

Jesteru itu, saya berharap agar kejayaan pada hari ini tidak akan berhenti pada setakat ini sahaja, malah jadikan lah ia penyuntik semangat dan panduan bagi kita sebagai pendidik untuk terus berusaha mendidik anak bangsa agar menjadi orang yang berguna dan berjaya di setiap masa di masa akan datang, insyaaallah.

Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja keras, buah fikiran, inisiatif, tenaga dan sumbangan kewangan dalam sama-sama mengungkayahkan majlis yang berkebajikan ini, agar menjadikan motivasi pada setiap guru malahan pelajar untuk menuju kearah kecemerlangan dunia dan akhirat"
"MENUJU KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT"

No comments: