Wednesday, June 25, 2008

Sambutan Maulud Nabi Mohammad S.A.W

Pada 10hb Mac 2008 bersamaan dengan 2 Rabiulawal, 1429. Sekolah Ugama Kiarong telah pun mengadakan majlis Pembukaan Dikir Maulud bagi sama-sama mengalu-alukan serta membesarkan lagi hari kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W yang akan disambut pada 20hb Mac 2008 tahun ini. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah telah pun mengadakan majlis berdikir sepanjang minggu yang disertai oleh murid-murid dan guru-guru sekolah Ugama Kiarong sendiri. Majlis ini dijalankan sebaik sahaja selesai menunaikan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah. Antara lain objektif utama majlis berdikir ini dijalankan sepanjang minggu adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta memahirkan murid-murid dengan dikir Syarafil Anam. Disamping itu juga ianya dapat memupuk rasa cinta murid-murid kepada Junjungan Besar kita Nabi Mohammad S.A.W.
Acara kemuncak majlis sambutan Maulud Nabi Mohammad S.A.W ialah dengan menyertai perarakkan berjalan kaki mengelilingi Bandar Seri Begawan. Pihak Sekolah tidak melepaskan peluan keemasan ini untuk sama-sama menyertainya. Sekolah Ugama Kiarong telahpun bergabung dengan Sekolah Rendah Kiarong di dalam perarakan tersebut dengan diangotai seramai lebih kurang 200 orang peserta termasuk Guru-guru dan murid-murid.
اللهم صلى على سيدنا محمد

No comments: