Thursday, June 26, 2008

PERTANDINGAN NASYID SUK 2008



Pertandingan nasyid diantara kelas-kelas Sekolah Ugama Kiarong sempena Sambutan Maulud Nabi Mohammad S.A.W. Pertandingan ini telah disertai oleh murid-murid darjah 2 hingga 6 yang telah dilatih sendiri oleh guru darjah masing-masing. Setiap darjah diberikan masa seminggu untuk mengadakan latihan sebelum perlawanan diadakan.


Pertandingan tersebut telah pun diadakan pada 5hb April 2008, hari Sabtu, di Dewan Besar Sekolah Ugama Kiarong. Pertandingan ini disertai oleh 16 buah pasukan yang terdiri daripada murid-murid darjah 2 hingga darjah 6 Sekolah Ugama Kiarong.



Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah:


1. Bagi sama-sama menyambut dan meraikan kelahiran Nabi Muhamad S.A.W serta menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam.


2. Menanamkan sifat kasihkan Rasulallah S.A.W.


3. Menggiat aktifkan lagi murid-murid Sekolah Ugama Kiarong dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


4. Melahirkan warga sekolah yang bersifat aktif, bersemangat juang dan berdaya saing.


5. Mencungkil bakat-bakat baru dikalangan murid-murid.


Juara pertandingan tersebut telah pun disandang oleh Kumpulan Darul Ikhwan yang mewakili Darjah 4 Ba, manakala Naib Juara pula jatuh kepada Kumpulan Nur Insan daripada Darjah 4 Alif dan tempat ketiga pula dimiliki oleh Kumpulan Nurul Aiman daripada Darjah 2 Alif.



Hadiah-hadiah telah pun disampaikan oleh Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat , Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong.



Syaabas dan Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya. Kepada kumpulan yang tidak bernasib baik, cuba lagi ditahun hadapan.

No comments: