Friday, June 27, 2008

Suasana Menandatangani Rekod Kemajuan Murid Bagi Peperiksaan Setengah Tahun 2008







10hb Jun 2008 (Selasa). Jam 1.30 petang hingga 4.30 petang.

Perjumpaan Dengan Ibu Bapa Murid Darjah VI 2008






Pada 15hb Mei 2008 ( Khamis ), Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan sessi muzakarah serta perjumpaan dengan ibu bapa penjaga murid-murid darjah VI sessi 2008 yang akan menghadapi peperiksaan SSSRUB pada tahun ini.

Aturcara majlis tersebut ialah ucapan kata-kata aluan daripada Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong , Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat. Setelah itu sessi taklimat telah pun disampaikan oleh Cikgu Mohd Shahrol Azmi Bin Hj Abd Muluk, Guru Kanan Akademik Sekolah Ugama Kiarong, sessi soal jawab, sessi perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru darjah yang mengajar anak-anak mereka dan seterusnya menikmati jamuan.

Perjumpaan tersebut adalah bertujuan bagi sama-sama memberikan ibu bapa murid taklimat mengenai peperiksaan SSSRUB Darjah VI yang akan anak-anak mereka tempuhi pada bulan November nanti. Selain itu melalui perjumpaan itu juga, ibu bapa murid-murid dapat bertanya mengenai pencapaian serta perkembangan anak-anak mereka di dalam persekolahan ugama.

Percambahan minda serta buah fikiran yang bernas sangat-sangat diperlukan , bagi sama-sama memastikan murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Kiarong pada tahun ini lulus dengan cemerlang dan mencapai sasaran pihak sekolah.

Sessi muzakarah tersebut diadakan di Dewan Besar Sekolah Ugama Kiarong dan Alhamdulillah sambutan daripada ibu bapa sangat-sangat mengalakkan malahan ada yang memberikan respon yang sangat baik bagi sama-sama membantu pihak sekolah untuk membimbing anak-anak mereka ke arah kecemerlangan.

Perasmian Program 5 "S" SUK




Pada 08hb Mei 2008 ( Khamis ) Perasmian Program 5 “S”. Bermula pada bulan Mei Sekolah Ugama Kiarong akan menjalani bulan bersopan santun iaitu dengan membudayakan 5 “S” sebagai amalan harian. 5 “S” yang dimaksudkan ialah SENYUM, SALAM, SAPA, SOPAN dan SANTUN. Minggu bersopan santun ini telah pun dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong sendiri iaitu Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat.

Program ini merupakan kesinambungan diantara program 5 “S” yang telah dirasmikan terlebih dahulu di Sekolah Ugama PAPAUKAI Mulaut. Yang mana objektif utama program ini dijalankan adalah bagi menjadikan Sekolah Ugama sebagi satu institusi pendidikan yang memberikan pendidikan menyeluruh iaitu Pendidikan Ukhrawi dan Duniwi. Disamping itu juga melalui program 5 “S” ini keadaan sekolah akan lebih ceria, harmoni dan teratur. Murid-murid akan lebih berminat untuk menghadirkan diri ke Sekolah.

Di Dalam majlis perasmian minggu bersopan santun Sekolah Ugama Kiarong ini juga ianya di isikan dengan ceramah motivasi kearah kesedaran 5 “S” iaitu Senyum, Salam, Sapa, Sopan dan Santun. Ceramah motivasi tersebut telah disampaikan oleh Guru Kanan Akademik Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Mohd Shahrol Azmi Bin Hj Abd Muluk. Pada Majlis perasmian tersebut ianya diceriakan lagi dengan persembahan nasyid daripada murid-murid darjah 3 dan 4.

Sepanjang bulan penghayatan program 5 “S” ini juga, Sekolah Ugama Kiarong telah pun mengadakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai kesinambungan dengan program tersebut. Diantaranya , aktiviti mewarna gambar-gambar yang menunjukkan unsur-unsur 5 “S” iaitu bagi murid-murid darjah pra hingga 3. Manakala bagi murid-murid darjah 4 hingga 6 pula , mencipta slogan 5 “S” Sekolah Ugama Kiarong.

Thursday, June 26, 2008

PERTANDINGAN NASYID SUK 2008



Pertandingan nasyid diantara kelas-kelas Sekolah Ugama Kiarong sempena Sambutan Maulud Nabi Mohammad S.A.W. Pertandingan ini telah disertai oleh murid-murid darjah 2 hingga 6 yang telah dilatih sendiri oleh guru darjah masing-masing. Setiap darjah diberikan masa seminggu untuk mengadakan latihan sebelum perlawanan diadakan.


Pertandingan tersebut telah pun diadakan pada 5hb April 2008, hari Sabtu, di Dewan Besar Sekolah Ugama Kiarong. Pertandingan ini disertai oleh 16 buah pasukan yang terdiri daripada murid-murid darjah 2 hingga darjah 6 Sekolah Ugama Kiarong.



Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah:


1. Bagi sama-sama menyambut dan meraikan kelahiran Nabi Muhamad S.A.W serta menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam.


2. Menanamkan sifat kasihkan Rasulallah S.A.W.


3. Menggiat aktifkan lagi murid-murid Sekolah Ugama Kiarong dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


4. Melahirkan warga sekolah yang bersifat aktif, bersemangat juang dan berdaya saing.


5. Mencungkil bakat-bakat baru dikalangan murid-murid.


Juara pertandingan tersebut telah pun disandang oleh Kumpulan Darul Ikhwan yang mewakili Darjah 4 Ba, manakala Naib Juara pula jatuh kepada Kumpulan Nur Insan daripada Darjah 4 Alif dan tempat ketiga pula dimiliki oleh Kumpulan Nurul Aiman daripada Darjah 2 Alif.



Hadiah-hadiah telah pun disampaikan oleh Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat , Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong.



Syaabas dan Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya. Kepada kumpulan yang tidak bernasib baik, cuba lagi ditahun hadapan.

Wednesday, June 25, 2008

MURID-MURID DARJAH VI SESSI 2007






Seramai 47 orang murid daripada 50 orang murid jumlah keseluruhannya, telah lulus di dalam peperksaan SSSRUB tersebut. Dengan mendapat Pangkat 1 seramai 37 orang dan 5 orang daripadanya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu dengan mendapat pangkat 1 agg 5. Memperolehi pangkat 2 pula seramai 7 orang dan 3 orang lagi mendapat pangkat 3.
2 Anugerah telah pun diberikan kepada murid-murid Darjah VI sessi 2007 ini, iaitu Anugerah Perajar Aktif dan juga Anugerah Pelajar Tokoh 2007.
Penerima Anugerah Pelajar Aktif ialah Awg Hamizan Bin Asnan.
Penerima Anugerah Pelajar Tokoh 2007 ialah Awg Mohd Zul Haziq Bin Hj Mohd Ali.
Pemilihan-pemilihan anugerah ini adalah berdasarkan penglibatan serta pencapaian murid-murid yang begitu cemerlang di dalam bidang pelajaran mahupun aktiviti-aktiviti luar dan dalam sekolah.
Syaabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Semoga akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

Majlis Penyampaian Sijil Darjah VI 2007



Pada 8hb Mac 2008 yang telah lalu, Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRUB Darjah VI 2007 dan diselajuri dengan penyampaian hadiah pelajar-pelajar lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan Akhir Tahun 2007.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil serta hadiah-hadiah galakan tersebut adalah Yang Mulia Ustazah Hjh Dk Masrelawati Bte Pg Hj Said iaitu Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan hidayatnya jua dapatlah dilaksanakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSRUB Darjah VI dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi Peperiksaan Akhir Tahun 1428H/2007M dengan jayanya pada hari tersebut.

Pada hari tersebut Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat telah pun memberikan kata-kata aluan, diantara kata-kata tersebut:
"Alhamdulillah,dengan berkat didikan dan pengajaran yang dicurahkan kepada pelajar-pelajar sekalian, peningkatan peratus lulus pelajar meningkat dari tahun ke setahun. Apa yang lebih membanggakan ialah peratus Peperiksaan SSRUB Darjah VI 2007 yang pertama kali diadakan telah melimpasi dari sasaran sekolah iaitu 85%-90% kepada peratus yang memberangsangkan iaitu 94% melalui 47 orang pelajar berkenaan. Syabas saya ucapkan.

Sehubungan dengan itu,pada para guru darjah dan guru-guru pembimbing yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan bekerja keras dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka semua untuk mencapai kejayaan, saya dengan penuh tulus ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar mahupun bantuan yang di berikan berupa sumbangan dan kewangan serta pengorbanan yang di curahkan kepada sekalian pelajar yang diraikan pada hari ini.

Jesteru itu, saya berharap agar kejayaan pada hari ini tidak akan berhenti pada setakat ini sahaja, malah jadikan lah ia penyuntik semangat dan panduan bagi kita sebagai pendidik untuk terus berusaha mendidik anak bangsa agar menjadi orang yang berguna dan berjaya di setiap masa di masa akan datang, insyaaallah.

Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja keras, buah fikiran, inisiatif, tenaga dan sumbangan kewangan dalam sama-sama mengungkayahkan majlis yang berkebajikan ini, agar menjadikan motivasi pada setiap guru malahan pelajar untuk menuju kearah kecemerlangan dunia dan akhirat"
"MENUJU KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT"

Kenangan Murid-murid 2007

Selamat Menyaksikan

Sambutan Maulud Nabi Mohammad S.A.W

Pada 10hb Mac 2008 bersamaan dengan 2 Rabiulawal, 1429. Sekolah Ugama Kiarong telah pun mengadakan majlis Pembukaan Dikir Maulud bagi sama-sama mengalu-alukan serta membesarkan lagi hari kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W yang akan disambut pada 20hb Mac 2008 tahun ini. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah telah pun mengadakan majlis berdikir sepanjang minggu yang disertai oleh murid-murid dan guru-guru sekolah Ugama Kiarong sendiri. Majlis ini dijalankan sebaik sahaja selesai menunaikan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah. Antara lain objektif utama majlis berdikir ini dijalankan sepanjang minggu adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta memahirkan murid-murid dengan dikir Syarafil Anam. Disamping itu juga ianya dapat memupuk rasa cinta murid-murid kepada Junjungan Besar kita Nabi Mohammad S.A.W.
Acara kemuncak majlis sambutan Maulud Nabi Mohammad S.A.W ialah dengan menyertai perarakkan berjalan kaki mengelilingi Bandar Seri Begawan. Pihak Sekolah tidak melepaskan peluan keemasan ini untuk sama-sama menyertainya. Sekolah Ugama Kiarong telahpun bergabung dengan Sekolah Rendah Kiarong di dalam perarakan tersebut dengan diangotai seramai lebih kurang 200 orang peserta termasuk Guru-guru dan murid-murid.
اللهم صلى على سيدنا محمد

Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 24.



Sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 24 Tahun, Sekolah Ugama Kiarong tidak ketinggalan bagi sama-sama menyambut hari kebangsaan tersebut dengan membaca surah yasin beramai-ramai dan diselajuri dengan bacaan doa kesyukuran. Majlis tersebut telahpun diadakan di Dewan Besar Sekolah Ugama Kiarong. Semoga bumi Brunei Darussalam yang kita cintai ini akan sentiasa mendapat limpahan kurnia rahmat daripada Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin. Tema Hari Kebangsaan Ke 24 bagi tahun 2008 ialah "Tunas Bagsa"

Monday, June 23, 2008

Sukan Tahunan SUK 2008






Sekolah Ugama Kiarong pada tahun 2008 ini sekali lagi mengadakan sukan tahunan antara rumah-rumah bagi tahun 2008 . Sukan ini dijalankan selama 2 hari iaitu bermula pada 09hb Februari 2008 iaitu hari Sabtu hingga hari Ahad 10hb Februari 2008. Yang mana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat.

Sepanjang sukan ini berlangsung, ianya melibatkan diantara lebih kurang 610 orang peserta termasuk guru-guru dan murid-murid. Yang mana tujuan utama sukan tahunan ini diadakan adalah bagi sama sama menjaga kesihatan warga sekolah dengan motto “Berriadah Untuk Kesihatan” kerana otak yang cergas terletak pada tubuh badan yang sihat. Disamping itu juga dengan adanya acara sukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatur rahim diantara guru-guru dan murid-murid. Selain itu , Pihak Sekolah juga berharap dengan terlaksannya Sukan Tahunan ini dapatlah mewujudkan keadaan suasana Sekolah Ugama yang ceria, sihat dan cemerlang serta mewujudkan budaya saing yang sihat dikalangan murid-murid.

Tahun ini 4 buah rumah bertanding bagi sama-sama merebut Piala Pusingan Juara Keseluruhan sumbangan daripada Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong . Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah Rumah Khalifah Sayidina Abu Bakar (Hijau) , Rumah Khalifah Sayidina Omar (Biru), Rumah Khalifah Sayidina Othman (Kuning) dan Rumah Khalifah Sayidina Ali (Merah).

Untuk 2 tahun berturut-turut Pasukan daripada Rumah Khalifah Sayidina Ali (Merah) muncul Juara keseluruhan dengan memperolehi 14 pingat emas , 6 perak dan 4 Gangsa. Manakala Rumah Sayidina Abu Bakar (Hijau) mendapat tempat ke 2 dengan memperolehi 4 emas, 5 perak dan 9 gangsa dan diikuti dengan Rumah Khalifah Sayidina Othman (Kuning) mendapat tempat ke 3 dengan memperolehi 4 emas,6 perak dan 5 gangsa.

Hadiah-hadiah perlawanan disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong, Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat.

Sambutan Awal Tahun Hijrah & Perlantikan Ketua-ketua Murid



Pada 24hb Januari 2008, Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan sambutan Awal Tahun Hijrah 1429 dan diselajuri dengan perlantikan ketua-ketua murid bagi sessi 2008. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan Puisi Islam yang telah disampaikan oleh Mohd Farid Adli dan Mohd Adly Norsolehin , murid darjah 3 Sekolah Ugama KIarong. Selain itu persembahan Nasyid gabungan murid-murid lelaki darjah 4,5 dan 6 menyerikan lagi majlis pada petang itu. Bagi murid-murid perempuan pula tidak ketingalan untuk memperdengarkan Tausyeh mereka yang dibimbing oleh Cikgu Khairol Ilmi Bin Hj Omar. Acara kemuncak pada hari tersebut adalah penyampaian kain-kain ketua murid dan seterusnya perasmian perlantikan ketua-ketua murid Sekolah Ugama Kiarong bagi sessi 2008 yang telah disempurnakan oleh Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat, Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong.