Friday, June 27, 2008

Perjumpaan Dengan Ibu Bapa Murid Darjah VI 2008






Pada 15hb Mei 2008 ( Khamis ), Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan sessi muzakarah serta perjumpaan dengan ibu bapa penjaga murid-murid darjah VI sessi 2008 yang akan menghadapi peperiksaan SSSRUB pada tahun ini.

Aturcara majlis tersebut ialah ucapan kata-kata aluan daripada Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong , Cikgu Siti Aishah Bte Hj Selamat. Setelah itu sessi taklimat telah pun disampaikan oleh Cikgu Mohd Shahrol Azmi Bin Hj Abd Muluk, Guru Kanan Akademik Sekolah Ugama Kiarong, sessi soal jawab, sessi perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru darjah yang mengajar anak-anak mereka dan seterusnya menikmati jamuan.

Perjumpaan tersebut adalah bertujuan bagi sama-sama memberikan ibu bapa murid taklimat mengenai peperiksaan SSSRUB Darjah VI yang akan anak-anak mereka tempuhi pada bulan November nanti. Selain itu melalui perjumpaan itu juga, ibu bapa murid-murid dapat bertanya mengenai pencapaian serta perkembangan anak-anak mereka di dalam persekolahan ugama.

Percambahan minda serta buah fikiran yang bernas sangat-sangat diperlukan , bagi sama-sama memastikan murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Kiarong pada tahun ini lulus dengan cemerlang dan mencapai sasaran pihak sekolah.

Sessi muzakarah tersebut diadakan di Dewan Besar Sekolah Ugama Kiarong dan Alhamdulillah sambutan daripada ibu bapa sangat-sangat mengalakkan malahan ada yang memberikan respon yang sangat baik bagi sama-sama membantu pihak sekolah untuk membimbing anak-anak mereka ke arah kecemerlangan.

No comments: