Friday, December 12, 2008

PENYAMPAIAN HADIAH IHYA RAMADHAN





Bandar Seri Begawan, Sabtu 13/12 - Acara Penyampaian hadiah Pertandingan Ihya Ramadhan bagi Sekolah-Sekolah Ugama anjuran RTB dan Pusat Dakwah telah pun berlangsung di dewan Pusat Dakwah. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah Subhanah WaTaala, SU Kiarong telah berjaya mendapat tempat ke-3 daripada 29 buah sekolah yang ikut bertanding dari ke empat-empat daerah. Saya selaku Editor mewakili guru-guru SU Kiarong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang sama-sama ikut menjayakan pertandingan tersebut.

Wednesday, December 3, 2008

TAKLIMAT PERTANDINGAN IHYA RAMADHAN


Sabtu 29/11 yang lalu taklimat bagi keputusan Pertandingan Ihya Ramadhan yang di anjurkan oleh RTB dan Pusat Dakwah Islamiah pada bulan julai lalu,telah pun diumumkan. Alhamdulillah bersyukor kehadrat Allah Subhanah WaTaala yang mana dalam Pertandingan tersebut SU Kiarong telah mendapat tempat Ketiga keseluruhan daripada 30 buah sekolah yang terpilih. Pujian patut diberikan kepada murid-murid yang menyertai pertandingan tersebut.

AKTIVITI SUKAN TERAKHIR MURID DARJAH 6 S.U.K




Friday, November 21, 2008

MAJLIS MUZAKARAH DAN MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID & CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN PENGGAL KE 4

Dengan segala penuh hormat dan takzim, sukacitanya dimaklumkan Majlis Muzakarah dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid Insya Allah akan diadakan pada :

  • Tarikh : 26 Zulkaedah 1429H / 25 November 2008M
  • Hari : Selasa
  • Masa : 2.00pm hingga 5.00pm
  • Tempat : Dalam Bilik Darjah (mengikut kelas masing-masing)

Sehubungan dengan perkara di atas, pihak sekolah sangat-sangat mengharapkan serta mengalu-alukan ibu-bapa / penjaga murid-murid bagi sama-sama membincangkan pembelajaran dan pencapaian anak-anak biskita disepanjang tahun 2008 ini.

Pihak sekolah juga ingin memaklumkan bahawa Cuti Persekolahan bagi Penggal ke 4 akan bermula pada Hari Selasa 02hb. Disember 2008 hingga Hari Ahad,04hb January 2009. Sekolah akan dibuka semula pada Hari Isnin, o5hb. January 2008

Kerjasama dan pemerhatian biskita dalam perkara ini sangat-sangat diharapkan dan ke arah itu terlebih dahulu pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Monday, November 10, 2008

KEMASUKKAN DARJAH PRA TAHUN 1430H/2009M

Dengan segala penuh hormat dan takzim, adalah dimaklumkan kepada Ibu-bapa / Penjaga Murid surat bagi kemasukan murid Darjah Pra bagi tahun 1430H/2009M sudah pun diedarkan, Ibu-bapa / Penjaga Murid boleh lah mengambil surat tersebut tidak lewat dari 30 November 2008 semasa waktu bertugas iaitu dari pukul 2.00 - 5.30pm.

Sekian Wasalam..

Saturday, November 1, 2008

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN CALON SEKOLAH ARAB

Sabtu 1/11 - Keputusan peperiksaan calon sekolah arab yang berlangsung pada hari Jumaat 22/08 dan berakhir pada hari Ahad 24/08 yang lalu telah pun keluar. Alhamdulillah beberapa orang murid SU Kiarong telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut 

Nama-Nama Murid Yang Lulus Calon Sekolah Arab:-

  • Md Nur Rasyid bin Jaafar
  • Amal Nurul Naziqah bte Md Adi Yusli
  • Nur Nabihah Husna bte Junaidi
  • Siti Nur Hamizah Khairunnisa bte Zulkifle

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut,bagi yang tidak berjaya, jangan lah berputus asa dan tingkatkan lah usaha, "Sesunggohnya Allah Taala Tidak Akan Mensia-siakan Usaha Seseorang itu". Guru-guru akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian dalam apa jua bidang yang kalian ambil. Ameen

Wasalam

LAWATAN KE MUZIUM





Khamis 30/10 - Bahang Peperiksaan SSSRUB semakin terasa, setentunya murid-murid DH6 SU Kiarong pasti merasa gementar dan takut untuk menghadpinya. Dalam mengurangkan perasaan itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan ke Muzium Negara iaitu Sempena Jubli Emas Masjid SOAS. Dengan adanya lawatan sebegini akan dapat membantu meringankan beban hafalan yang di tanggung oleh mereka dan yang penting lebih lagi ialah dapat membantu menambah pengetahuan mereka tentang Sejarah Negara kita.

Thursday, October 30, 2008

JADUAL PEPERIKSAAN TAHRIRI BAGI SU KIARONG 1429H/2008M






Dengan segala penuh hormat dan takzim, merujuk kepada surat keliling yang diedarkan pada minggu yang lalu, adalah dimaklumkan kepada Ibu-Bapa / Penjaga murid berhubung dengan Peperiksaan tersebut, dipohonkan kerjasama Ibu-bapa / penjaga murid sekalian supaya akan dapat memantau dan memastikan anak-anak biskita mengulangkaji pelajaran masing-masing.

Wasalam.

Wednesday, October 29, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI GURU S.U KIARONG












Selasa  28/10 - Alhamdulilah hari yang di nantikan oleh murid-murid dan guru-guru iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru Sekolah Ugama Kiarong telah berjaya diadakan dan dijalankan dengan jayanya. Biarpun kita sedia maklum bahawa kita sudah berada di penghujung bulan syawal, namun kemeriahan ketika sambutan hari raya tersebut memang tidak dapat dinafikan lagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah yang dipimpin oleh Cikgu Abd Muizz bin Hj Ibrahim, dan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Siti Aishah bte Hj Selamat (Guru Besar SUK) dan seterus persembahan Takbir Hari Raya yang dibawakan oleh guru-guru lelaki SU Kiarong. Setelah itu Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Selamat sempena sambutan Majlis tersebut,yang mana ianya dibacakan oleh Cikgu Ak Md Fakhrulrazi bin Pg Hj Omar,dan diikuti dengan menikmati jamuan dan cabutan nombor bertuah bagi Guru dan Murid. Selain dari itu, ada juga ada sedikit kejutan iaitu Sambutan Hari Ulang Tahun bagi Cikgu Hjh Rusnee (Penolong Guru Besar) majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan yang lain iaitu lakonan Pentomen, bacaan Sajak, Pakaian Paling Cantik dan Meja Berhias..

Apa yang diharapkan, semoga majlis yang meriah ini akan dapat terus diadakan lagi dari tahun ke tahun. ameen..

Wasalam.


Monday, October 27, 2008

KAWASAN PEPERIKSAAN


Salam sejahtera, adalah di maklumkan kepada semua murid supaya jangan berlegar di kawasan tempat peperiksaan sedang di jalankan, seperti semua maklum, sekolah kita telah terpilih menjadi salah satu pusat bagi Peperiksaan A'level dijalankan, kerjasama semua adalah sangat-sangat di harapkan.

Sekian terima kasih.

Thursday, October 23, 2008

PEPERIKSAAN LISAN AKHIR TAHUN

Jelas kelihatan salah seorang murid sedang membantu rakannya dalam mentasmi' hafalan bagi peperiksaan  lisan Amali Ugama



Peperiksaan Lisan bagi rendah bawah dan rendah atas sedang dijalankan.

Rabu 22/10 - "Sediakan Payung Sebelum Hujan" "Sediakan Sampan Sebelum Bah" itulah pepatah yang sering kita dengar dalam kita bersedia menghadapi sesuatu perkara,kini Peperiksaan Lisan Penggal Akhir persekolahan bagi sekolah-sekolah ugama telah bermula, adalah dinasihatkan kepada murid-murid supaya bersedia dan memperlengkapkan diri bagi menghadapi lisan tersebut, dalam masa yang sama, ibu-bapa / penjaga murid adalah diseru bagi sama-sama memantau pembelajaran murid, supaya mereka akan lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan ini. Guru-guru akan sentiasa mendoakan kejayaan murid semua,Ameen...

Moleklah "payung dan sampan" tersedia, biarkan lah ia "bah", biar kita menunggu Hujan dilangit..

Wasalam.

Wednesday, October 22, 2008

PENUTUPAN DARJAH VI BAGI TAHUN 1430H / 2009M

Dengan penuh hormat dan takzim, adalah di maklumkan kepada pihak Ibu-bapa atau penjaga murid bahawa, pada tahun 1430H/2009M Darjah VI bagi Sekolah Ugama Kiarong adalah di tutup. Untuk itu hanya murid-murid Darjah Pra hingga darjah V sahaja yang akan bersekolah di sekolah ini.


Di antara sebab kelas atau darjah berkenaan tidak di bukakan di sekolah ini adalah kerana:-


1. Bilik darjah untuk menampung murid-murid darjah VI 1430H/2009M tidak mencukupi.

2. Kelas yang diberikan dan dibukakan kepada pihak sekolah ugama adalah terhad.

3. Pihak sekolah hanya mampu menampung seramai 500 orang murid sahaja.


Untuk makluman kehadapan Ibu-bapa atau penjaga murid, beberapa perbincangan telah dibuat bersama Guru Besar Sekolah Rendah Kiarong, dan hasil daripada perbincangan tersebut hanya 12 bilik kelas sahaj boleh digunapakai oleh sekolah ugama.


Sehubungang dengan itu, Ibu-bapa atau penjaga murid, bolehlah memindahkan anak-anak biskita dan berhubung terus secepat mungkin bagi pemindahan sekolah-sekolah anak-anak biskita bagi tahun 1430H/2009M di mana sekolah-sekolah ugama berdekatan.


Sekian untuk makluman dan kerjasama daripada ibu-bapa / penjaga murid adalah sangat-sangat diharapkan. Saya bagi pihak sekolah, ingin memohon kemaafan dari sebarang kesulitan yang dihadapi. Sekian terima kasih.


Wasalam.


Tuesday, October 14, 2008

PENYERAHAN MUSHAF BRUNEI DARUSSALAM EDISI KECIL

Guru kelas di bantu oleh murid-murid dalam penyerahan Mushaf Brunei Darussalam Edisi kecil kepada sekalian murid-murid.

Seterusnya murid-murid di berikan pelekat yang mana di dalamnya mengandungi nama bagi murid, dan di lekat pada awal muka surat Mushaf itu, ini bertujuan bagi mengelakkan dari bertukar dengan murid-murid yang lain.  

Tuesday, October 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilham... Saya Mewakili Editor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat di Negara ini, khususnya kepada warga Sekolah Ugama Kiarong, dan semoga Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya. Amin..

SAMBUTAN JUBLI EMAS MASJID SOAS


BANDAR SERI BEGAWAN - Ahad 26/9 - Sekolah Ugama Kiarong telah diberi kepercayaan dalam sama-sama menyelenggarakan salah satu majlis besar di Negara ini iaitu Majlis Sambutan Jubli Emas Masjid Omar Ali Saifuddin iaitu 50 tahun terbenanya Masjid tersebut. Ianya bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 1.30 petang, dan ianya di langsungkan bagi kesinambungan Sempena Nuzul Al'Quran 1429H, Alhamdulillah biarpun dalam keadaan cuti dan berpuasa, pujian patut diberikan kepada murid-murid dan guru-guru yang datang dalam sama-sama menjayakan majlis pada hari tersebut. Saya mewakili pihak sekolah mengucapkan terima kasih.

Wasalam

Tuesday, September 23, 2008

SELAMAT HARI GURU


Di kesempatan ini saya mewakili Editor ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru di Brunei Darussalam khasnya Guru-Guru yang mengajar di SU Kiarong, hanya Allah Subhanahwa Taala sahaja yang dapat membalas jasamu.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta, hidup dan yang pergi selamanya)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Ugama
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Wednesday, September 17, 2008

KHATAM AL'QURAN SEMPENA SELESAINYA MAJLIS TADARUS SU KIARONG



Selasa 16/9 - Alhamdulillah, dalam mengimarahkan lagi bulan yang mulia lagi diberkati ini, SU Kiarong yang terdiri dari Guru-guru dan murid- murid telah berjaya mengungkayahkan Majlis khatam Al'Quran dan Tahlil Arwah sempena selasainya Tadarus di bulan Ramadhan ini, ianya bertempat di Dewan Besar SR Kiarong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al'fatihah dan Takhtim yang dipimpin oleh Cikgu Eddy serta Tahlil dan Doa Arwah yang dibawa oleh Cikgu Ak Fakhrulrazi. Di akhir Majlis tersebut, Guru Besar SUK Cikgu Siti Aishah sempat memberi beberapa nasihat kepada murid, yang mana dalam cuti persekolahan dan Hari Raya yang akan tiba ini, murid-murid diingatkan supaya jangan sesekali lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan dan menghindarkan diri dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka dan yang berada di sekeliling mereka. Saya mewakili editor ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SU Kiarong, dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang ini.

Wasalam.

Monday, September 15, 2008

KELEBIHAN BERSAHUR


Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas
Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:


· Menuruti sunnah;

· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


  Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.  

Abu Hurairah ra berkata,
Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi 
orang mukmin adalah kurma
.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

  Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
  Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
   
Selamat bersahur dan wassalam.

Saturday, September 6, 2008

AKTIVITI MURATAL DI BULAN RAMADHAN


Lazimnya akiviti Muratal bagi guru-guru SU Kiarong kebiasaannya diadakan pada sebelah pagi hari Rabu, akan tetapi pada bulan Ramadhan ini waktunya di ubah pada hari Sabtu selepas waktu persekolahan.

Thursday, September 4, 2008

SUASANA TADARUS DI BULAN RAMADHAN SUK


TADARUS DI JAME' ASR


Rabu 3/9 - Dalam menghidupkan lagi suasana dibulan Ramadhan yang Mubarak ini, S.U Kiarong Kawasan Brunei III telah diberi kepercayaan dalam membuka tirai Majlis Bertadarus Sekolah Sekolah Ugama Kawasan Brunei III di Masjid Jame'Asr Hassanal Bolkiah Kiulap. Alhamdulillah walaupun keadaan masa yang agak begitu singkat dalam waktu persekolahan, pujian patut diberikan kepada murid-murid yang ikut menyamarakkan lagi majlis tersebut, biarpun dengan berpakaian unifom sekolah pagi. Semoga Majlis yang seumpama ini akan dapat diteruskan dan di pertingkat dari masa ke semasa.

Wednesday, September 3, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Selamat menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Umat Islam khususnya kepada kesemua warga SU Kiarong.

MAJLIS SAMBUTAN ISRA'MIKRAJ SU KIARONG




Khamis 28/8 - Dalam mengingati hari-hari kebesaran Islam, SU Kiarong Brunei III tidak melepaskan peluang bagi meraikan dan mengimarahkan salah satu hari-hari kebesaran tersebut iaitu Isra'Mikraj dan di ikuti dengan Majlis Perpisahan bagi guru yang melanjutkan pelajaran (Cikgu Shahrol Azmi bin Hj Abd Mulok) dan berpindah tempat bertugas (Cikgu Hjh Rudiah bte Brahim). Majlis tersebut diadakan di dewan besar SR Kiarong.

Ianya dimulakan dengan bacaan Surah Al fatihah dan bacaan Tahlil beramai-ramai yang di kepalai oleh Cikgu Ak Md Fakhrurrazi bin Pg Hj Omar. Seterusnya di ikuti dengan pertandingan azan dan menghafaz surah-surah lazim bagi rendah bawah dan kaifiat Yassin dan Tahlil bagi rendah atas, Majlis juga diserikan dengan persembahan Nasyid murid-murid gabungan Darjah 4 alif & 4 Ba dan persembahan slideshow. Sebelum bacaan doa selamat dibacakan, penyampaian Cenderahati kenang-kenangan diserahkan kepada guru yang diraikan, yang mana disampaikan oleh Guru Besar SU Kiarong Cikgu Siti Aisyah bte Hj Selamat.

Monday, August 18, 2008

PEPERIKSAAN CALON SEKOLAH ARAB

Jumaat 22/8 - Peperiksaan bagi calon Sekolah Arab akan bermula, ianya bertempat di Sekolah Ugama Beribi Brunei III. Adalah dimaklumkan bagi murid-murid yang mengikuti peperiksaan tersebut supaya akan dapat bersedia lebih awal, supaya ianya akan dapat berjalan dengan lancar. Guru-guru akan sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid sekalian,Ameen..

Sunday, August 17, 2008

Sambutan Nisfu Syaaban Sekolah Ugama Kiarong


Sabtu, 16.08.2008, bersamaan dengan 14 Syaaban 1429, Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan majlis membaca Surah Yassin yang telah diketuai oleh Cikgu Ak Fakhrul Razi dan Doa Nisfu Syaaban pula dibacakan oleh Cikgu Khairol Ilmi.

Majlis tersebut dijalankan selepas sembahyang fardhu Asar berjemaah di Dewan Besar Sekolah Ugama Kiarong. Majlis tersebut dihadiri oleh Guru Besar, guru-guru dan juga murid-murid Sekolah Ugama Kiarong. Majlis berakhir kira-kira pada jam 4.50 petang.

Thursday, August 14, 2008