Tuesday, July 29, 2008

Ihya Ramadhan




Khamis' 29 Julai 2008 merupakan hari yang dinantikan bagi peserta-peserta Ihya Ramadhan Sekolah Ugama Kiarong. Alhamdulillah' biarpun latihan yang dibuat selama dua minggu, namun yang demikian pujian patut diberikan kepada mereka terutama sekali Md Farid Adli bin Hj Md Yusof sebagai pencerita utama. Dalam pertandingan yang hanya diadakan setahun sekali ini, Sekolah Ugama Kiarong telah terpilih beserta sekolah-sekolah yang lain dalam mewakili Kawasan Brunei III. dan tajuk yang dibawakan ialah "Mukjizat Al'Quran". Maju Sekolahku..Syabas diucapkan!!.

Nama-Nama Peserta Ihya Ramadhan

  1. Mohd Farid Adli bin Hj Md Yusof (pencerita)
  2. Nasrul Haq bin Md Asnawi
  3. Md Shahrol Nizam bin Hj Abd Muluk
  4. Md Hanafiuddin bin Md Yussof
  5. Abd Hadi bin Abdul Rahman
  6. Md Zakhwan bin Arifin
  7. Md Adli Syamim bin Hj Ahmad
  8. Md Afiq bin Hj Omar Ali Raie
  9. Md Adli Norsholihin bin Awg Karin (Penyoal I)
  10. Md Fauzi bin Simpul (Penyoal II)

Guru Pengawas

  1. Cikgu Md Shahrol Azmi bin Hj Abd Muluk
  2. Cikgu Ak Mohd Fakhrurrazi bin Pg Hj Omar
  3. Cikgu Md Abd Muizz bin Hj Ibrahim
  4. Cikgu Awg Md Khairul Ilmi bin Hj Awg Omar

Rehearsal Ihya Ramadhan



Salam sejahtera,"Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Daleh" itu lah pesanan yang diberikan oleh Cikgu Shahrol dalam melatih murid yang terpilih dalam 'Pertandingan Ihya Ramadhan'. Dan beginilah gelagat Md Farid dalam membuat rehearsal ihya ramadhan yang akan berlansung tidak lama lagi, biar pun berbadan kecil, namun semangat juang serta daya saing yang tinggi yang ditunjukkan oleh Md Farid memang tidak dapat dinafikan. Tambahan lagi dibantu oleh sahabat karibnya Md Fauzi dan Md Adhli, serta rakan-rakan ihya ramadhan yang lain, telah membakar semangat juangannya dalam pertandingan yang disertai oleh lebih 29 buah sekolah ini. Pihak Sekolah terutama sekali Guru-guru dan Murid-murid Sekolah Ugama Kiarong mengucap selamat berjuang dan semoga berjaya.

Ujian Penggal Ke 2 Bermula Ogos Ini








Ujian Bulanan penggal ke 2 akan bermula pada bulan Ogos ini, Diharap murid-murid akan membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi ujian tersebut. Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Berjuang dan Bit Taufiq Wannajah.

Monday, July 21, 2008

Peperiksaan Lisan SSSRUB Darjah 6 2008


Bak kata pepatah " Kalau Tidak Dipecahkan Royong, Manakan Dapat Sagunya ", " Berakit-rakit Ke Hulu , Berenang-renang Ketepian, Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian " . Pepatah ini lah yang sering kita dengar dan sering menjadi sebutan di dalam ceramah-ceramah motivasi. Persoalannya sekarang sudahkah anda mengamalkannya....???. Usaha tangga kejayaan, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.



Maka kepada murid-murid darjah 6 sessi 2008 Sekolah Ugama Kiarong, bersiap sedialah bagi menghadapi Peperiksaan Lisan SSSRUB Darjah 6 bagi tahun 2008 . Peperiksaan Lisan tersebut insyaAllah akan dijalankan selama 4 hari iaitu bermula pada 5hb. Ogos 2008 hingga 7hb. Ogos 2008 dan 9hb Ogos 2008.



Untuk akhirnya pihak sekolah tidak lupa mengucapkan semoga berjaya dan Bit Taufiq Wannajah.

Tuesday, July 15, 2008

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik





Pada 14.07.2008 ( Isnin ). Warga Sekolah Ugama Kiarong yang terdiri daripada Guru-guru dan murid-murid , sama-sama mengadakan Majlis membaca Yassin dan Doa Kesyukuran bagi menyambut hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hj Hassanal Bolkiah Yang Ke 62 Tahun.



Majlis tersebut dijalankan sebaik sahaja warga sekolah selesai menunaikan sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah di Dewan Sekolah Ugama Kiarong. Pada majlis tersebut , bacaan Surah Yassin dan Tahlil telah pun diketuai oleh Cikgu Mohd Khairul Ilmi Bin Hj Awg Omar, Manakala Doa Tahlil pula dibacakan oleh Cikgu Mohd Shahrol Azmi Bin Hj Abd Muluk dan Doa Kesyukuran serta Doa Peliharakan Sultan pula dibacakan oleh Cikgu Ak Fakhrul Razi Bin Pg Hj Omar.



Semoga Allah akan sentiasa memanjangkan Usia Baginda dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, July 13, 2008

Majlis Khatam Murid-muird Darjah 6 2008






Alhamdulillah, Pada 10.07.2008 ( Khamis ), Sekolah Ugama Kiarong, Brunei III, telah sempurna mengadakan Majlis Khatam bagi Murid-murid Darjah 6 sessi 2008 / 1429. Seramai 39 orang murid telah pun mengikuti majlis khatam tersebut iaitu 17 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan.



Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awg Hj Abd Rahman Bin Hj Nawi,Penolong Pengarah Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Selain itu juga, majlis tersebut turut dihadiri oleh Jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam, Guru-guru Besar kawasan Brunei III dan Guru-guru Sekolah Rendah Kiarong. Ibu bapa serta penjaga murid-murid juga turut sama memeriahkan majlis tersebut.



Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al Fatihah, yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis dan setelah itu perarakan masuk peserta-peserta Khatam. Murid-murid khatam memulakan bacaan mereka dengan membaca doa sebelum membaca Al Quran dan setelah itu membaca Surah-surah Lazim. Setelah bacaan surah-surah pilihan tersebut selesai, bacaan takhtim pula dipersembahkan oleh gabungan murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5 , Sekolah Ugama Kiarong.



Doa Khatam dibacakan oleh Awg Mohd Aniq Waie bin Hj Mohd Masa Masdi, Murid darjah 6 Ba. Setelah selesai bacaan doa khatam tersebut, murid-murid diberikan sijil Khatam dan seterusnya ditaburi bunga rampai oleh Tetamu Kehormat serta para jemputan yang hadir dengan diiringi bacaan dikir Ya Manhadar.



Majlis berakhir dengan bacaan Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Cikgu Mohd Khairul Ilmi Bin Hj Awg Omar. Majlis kira-kira selesai pada jam 3.35 petang. Tahniah dan Syaabas diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mengikuti Majlis Khatam Al Quran 2008 / 1429.

Monday, July 7, 2008

Persiapan Menjelang Majlis Khatam SUK1429/2008


Alhamdulilah beberapa persiapan menjelang Majlis Khatam Al'Quran bagi murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Kiarong telah pun dibuat, biar pun keadaan sekolah yang masih dalam prosess penggubahsuaian, dengan perpaduan serta semangat bantu membantu diantara guru dan murid, persiapan bagi majlis tersebut dapat berjalan dengan teratur, namun apa yang diharapkan semoga semasa tersebut, ianya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna, ameen:)