Tuesday, July 15, 2008

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik





Pada 14.07.2008 ( Isnin ). Warga Sekolah Ugama Kiarong yang terdiri daripada Guru-guru dan murid-murid , sama-sama mengadakan Majlis membaca Yassin dan Doa Kesyukuran bagi menyambut hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hj Hassanal Bolkiah Yang Ke 62 Tahun.



Majlis tersebut dijalankan sebaik sahaja warga sekolah selesai menunaikan sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah di Dewan Sekolah Ugama Kiarong. Pada majlis tersebut , bacaan Surah Yassin dan Tahlil telah pun diketuai oleh Cikgu Mohd Khairul Ilmi Bin Hj Awg Omar, Manakala Doa Tahlil pula dibacakan oleh Cikgu Mohd Shahrol Azmi Bin Hj Abd Muluk dan Doa Kesyukuran serta Doa Peliharakan Sultan pula dibacakan oleh Cikgu Ak Fakhrul Razi Bin Pg Hj Omar.



Semoga Allah akan sentiasa memanjangkan Usia Baginda dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments: