Sunday, July 13, 2008

Majlis Khatam Murid-muird Darjah 6 2008






Alhamdulillah, Pada 10.07.2008 ( Khamis ), Sekolah Ugama Kiarong, Brunei III, telah sempurna mengadakan Majlis Khatam bagi Murid-murid Darjah 6 sessi 2008 / 1429. Seramai 39 orang murid telah pun mengikuti majlis khatam tersebut iaitu 17 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan.



Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awg Hj Abd Rahman Bin Hj Nawi,Penolong Pengarah Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Selain itu juga, majlis tersebut turut dihadiri oleh Jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam, Guru-guru Besar kawasan Brunei III dan Guru-guru Sekolah Rendah Kiarong. Ibu bapa serta penjaga murid-murid juga turut sama memeriahkan majlis tersebut.



Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al Fatihah, yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis dan setelah itu perarakan masuk peserta-peserta Khatam. Murid-murid khatam memulakan bacaan mereka dengan membaca doa sebelum membaca Al Quran dan setelah itu membaca Surah-surah Lazim. Setelah bacaan surah-surah pilihan tersebut selesai, bacaan takhtim pula dipersembahkan oleh gabungan murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5 , Sekolah Ugama Kiarong.



Doa Khatam dibacakan oleh Awg Mohd Aniq Waie bin Hj Mohd Masa Masdi, Murid darjah 6 Ba. Setelah selesai bacaan doa khatam tersebut, murid-murid diberikan sijil Khatam dan seterusnya ditaburi bunga rampai oleh Tetamu Kehormat serta para jemputan yang hadir dengan diiringi bacaan dikir Ya Manhadar.



Majlis berakhir dengan bacaan Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Cikgu Mohd Khairul Ilmi Bin Hj Awg Omar. Majlis kira-kira selesai pada jam 3.35 petang. Tahniah dan Syaabas diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mengikuti Majlis Khatam Al Quran 2008 / 1429.

2 comments:

Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong said...

Tahniah kepada murid-murid Sekolah Ugama Kiarong yang telah pun khatam Al-Quran semoga memperolehi berkat daripada bacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Anonymous said...

Cigu... Napa ada muaku basar2 ah time ku ktawa g 2 malu I ehh.....Selamat menjalani peperiksaan 'SSRUB' moga-moga semua pass amin... Pangkat 1 semua pun okay jua HEHEHEHe...