Monday, July 21, 2008

Peperiksaan Lisan SSSRUB Darjah 6 2008


Bak kata pepatah " Kalau Tidak Dipecahkan Royong, Manakan Dapat Sagunya ", " Berakit-rakit Ke Hulu , Berenang-renang Ketepian, Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian " . Pepatah ini lah yang sering kita dengar dan sering menjadi sebutan di dalam ceramah-ceramah motivasi. Persoalannya sekarang sudahkah anda mengamalkannya....???. Usaha tangga kejayaan, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.



Maka kepada murid-murid darjah 6 sessi 2008 Sekolah Ugama Kiarong, bersiap sedialah bagi menghadapi Peperiksaan Lisan SSSRUB Darjah 6 bagi tahun 2008 . Peperiksaan Lisan tersebut insyaAllah akan dijalankan selama 4 hari iaitu bermula pada 5hb. Ogos 2008 hingga 7hb. Ogos 2008 dan 9hb Ogos 2008.



Untuk akhirnya pihak sekolah tidak lupa mengucapkan semoga berjaya dan Bit Taufiq Wannajah.

No comments: