Friday, February 27, 2009

MAJLIS DUA DALAM SATU








Khamis 26/2 - Alhamdulilah sekali warga S.U Kiarong telah berjaya mengadakan Majlis 2 dalam 1, iaitu Membaca Yassin Sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam sempena Maulid Rasul Sallallahu Alaihi Wasalam.

Dengan kerjasama oleh kesemua warga sekolah, majlis tersebut telah berjalan dengan lancar, dan apa yang diharapkan, majlis yang yang penuh keberkatan ini akan terus dapat dijalankan dari masa ke semasa.

Sekian Wassalam.

Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DH 6 DAN PELAJAR CEMERLANG 1429/2008

Penyerahan Cenderahati kepada Tetamu Kehormat Majlis Ustaz Sheikh Hj Mohd Khalid bin Sheikh Hj Yahya

Tetamu Khas yang di jemput hadir terdiri daripada Ibubapa murid.

Diantara tetamu-tetamu Undangan Khas yang hadir

Penyerahan Anugerah Pelajar Tokoh dan Pelajar Aktif 1429/2008 oleh Tetamu Kehormat Majlis

Wajah ceria selepas menerima hadiah dan Sijil Kepujian

Pelajar yang berjaya memasuki Sekolah Persediaan Arab juga tidak lupa diraikan

Wajah gementar pelajar-pelajar yang menerima Sijil Peperiksaan SSSRUB 1429h/2008m



Khamis 25/2 - Alhamdulillah Majlis yang dinanti-nantikan bagi Warga SU.Kiarong iaitu Majlis Penyampaian Sijil dan Pelejar Cemerlang 1429h/2008m telah pun berjalan dengan jayanya.

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis Sheikh Hj Md Khalid bin Hj Yahya, Ketua Unit Sekolah-Sekolah Rendah Ugama, Jabatan Pengajian Islam. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al'Fatihah beramai-ramai yangh dipimpin oleh Cikgu Edy Kasrin b. Abd Kadir dan seterusnya ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Cikgu Siti Aishah bte Hj Selamat Guru Besar SU Kiarong, dan ucapan daripada Tetamu Kehormat sendiri.

Anugerah Pelajar Aktif pada tahun ini disandang oleh Md Aniq Waie bin Hj Masa Masdi, dan Anugerah Pelajar Tokoh pula disandang oleh Dyg Sa'datul Fauziah Akmal bte Hj Zamain, manakala dua lagi Anugerah baru yang di perkenalkan pada tahun ini ialah anugerah Pelajar Tunas Harapan yang disandang oleh Md Farid Adli bin Hj Yusof dan Anugerah Pelajar yang memiliki kedatangan yang penuh pula disandang oleh Dyg Najlaa bte Dato' Seri Setia Hj Lamit dan Dyg Muyasarah bte Hj Kassim.

Majlis diserikan lagi dengan Persembahan Tausyeh oleh Guru-Guru lelaki SU Kiarong dan Persembahan Slideshow ringkas bagi mengingat kembali sepanjang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 1429/2008.

Warga Sekolah Ugama Kiarong akan sentiasa berusaha bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.

Sekian Wasalam..

Monday, February 16, 2009

MAKLUMAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SUK

Dengan segala penuh hormat dan takzim, adalah dimaklumkan kepada murid-murid Darjah 6 bagi tahun 1429 /2008, Majlis Penyampaian Sijil SSSRUB dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Bagi Tahun 1429 / 2008 akan diadakan pada hari Rabu 29 Safar 1430 bersamaan dengan 25 February 2009 bertempat di Dewan Besar Sekolah Rendah Kiarong. Adalah dengan ini diharapkan kepada kesemua murid yang terlibat, supaya akan dapat datang pada hari tersebut. Sehubungan dengan itu rehearsal bagi majlis tersebut juga akan diadakan pada 21/24 February 2009, bagi murid lelaki dengan pakaian MIB dan murid perempuan dengan pakaian Baju Kurong. Apa yang diharapkan kerjasama murid-murid adalah sangat-sangat diharapkan,sekian.
wasalam.

Thursday, February 5, 2009

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT




Khamis 5/2 - Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita kini menghadapi Fenomena Hujan Lebat diikuti dengan musibah Banjir Kilat yang melanda beberapa buah rumah penduduk dan kawasan di negara ini. Sementara itu warga S.U.Kiarong telah mengadakan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Tolak Bala yang di kepalai oleh Cikgu Eddy Kasrin bin Hj Abd Kadir bagi memohon perlindungan serta keselamatan daripada fenomena ini. 

Hanya kepadanya jua tempat kita meminta dan memohon perlindungan. Amin..

KEPUTUSAN SSSRUB




KHAMIS - 5/2 - Alhamdulillah, bersyukor kehadrat Allah Subhanah Wataala keputusan yang dinanti-nantikan iaitu Keputusan Peperiksaan SSSRUB telahpun keluar. Adalah diharapkan kepada pelajar-pelajar Darjah 6 Tahun 1429/2008 boleh lah mengambil slip keputusan masing-masing di sekolah (Sekolah Ugama Kiarong) semasa waktu persekolahan iaitu pada sebelah petang dari jam 2.00pm hingga jam 5.30pm.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar yang lulus dan berjaya dalam peperiksaan ini, dan kepada murid-murid yang kurang bernasib baik, jangan lah berputus asa. wasalam

Monday, February 2, 2009

KETUA MURID 1430 / 2009



Ikrar Ketua Pelajar yang di bacakan oleh Ketua Agong Abd Hadi bin Hj Abd Rahman dan Naib Ketua Agong Dyg Adibah Shahirah bte Hj Johari

MAJLIS 3 DALAM 1







Alhamdulillah pada hari Sabtu 4 Safar 1430 bersamaan dengan 31 Januari 2009 yang lalu S.U Kiarong telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah di ikuti dengan Perlantikan Ketua Murid dan Majlis Perpisahan bagi guru-guru yang bertukar tempat bertugas. Di mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Cikgu Abd Muizz bin Hj Ibrahim di ikuti degna kata alu-aluan oleh Guru Besar SU Kiarong Cikgu Siti Aishah bte Hj Selamat.

Majlis juga diserikan dengan Ceramah tentang peristiwa Hijrah Rasul junjungan kita Rasulullah S.A.W yang disampaikan oleh Cikgu Shahrol Azmi bin Hj Abd Mulok selaku Penceramah Undangan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ringkasnya KUPUSB. Majlis diteruskan dengan perlantikkan Ketua Murid bagi tahun 1403/2009 serta penyampaian cenderahati kepada guru-guru yang diraikan. Majlis di akhiri dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Cikgu Ak Md Fakhrulrazi bin Pg Hj Omar.