Friday, April 24, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. 

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya. 

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya. 

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

 Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....' 

 Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'


Thursday, April 23, 2009

PERTANDINGAN TULISAN JAWI SEKOLAH UGAMA KIARONG BRUNEI III




USAHA TANGGA KEJAYAAN



Alhamdulillah pada 18 & 20 April yang lalu SU Kiarong telah pun menyertai Pertandingan Dikir Syarafil Anam yang diadakan di SU Beribi Gadong bagi kawasan Brunei III. Dalam pertandingan tersebut Pasukan Lelaki telah berjaya mendapat tempat ke - 2 dan Pasukan Perempuan pula telah mendapat tempat ke - 6 diikuti dengan sijil penyertaan.

Pujian patut diberikan kepada murid-murid yang telah mengikuti pertandingan ini dan berjaya mengharumkan nama sekolah pada pertandingan Dikir Syarafil Anam ke - 14 ini.

Syabas dan Tahniah diucapkan.


Monday, April 6, 2009

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Saya mewakili Editor dan warga SU Kiarong ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat kembali bertugas kepada Cikgu Hjh Norainah bte Hj Othman dan Cikgu Hjh Ernie Yusnita bte Hj Md Zain, setelah menjalani cuti bersalin pada bulan yang lalu.

MELENTUR BULOH BIARLAH DARI REBUNGNYA


Amal Ibadat dalam kehidupan seharian kita perlu lah dijaga dan dipelihara supaya ianya tidak tercemar. Demikian lah juga bagi murid-murid Darjah Pra SU Kiarong, yang diberi bimbingan cara berwudhu' yang betul dan teratur. Mereka ini akan terus dipantau dari masa ke semasa supaya cara pengambilan Wudhu' mereka akan dapat terpelihara.