Wednesday, July 1, 2009

SUKAN TAHUNAN SU KIARONG 1430/2009


Acara memanaskan badan sebelum acara sukan dimulai


Penyampaian Hadiah dang Pingat oleh Guru Besar SU Kiarong, Cikgu Siti Aishah



Gelagat murid yang menyokong rumah pasukan masing-masing


Sukan mengutip gula-gula bagi darjah Pra





"Akal Yang Cerdas, Bermula Dari Tubuh Badah Yang Cergas" Pada 11-13 Jun yang lalu, sekali lagi SU Kiarong telah mengadakan Sukan Tahunan bagi tahun 1430/2009. Alhamdulillah sambutan acara yang dinantikan ini dapat berjalan dengan lancar dan meriahnya.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah beramai-ramai,di ikuti dengan Lagu Kebangsaan, Ucapan Alu-aluan daripada Guru Besar dan Acara Memanaskan Badan. 

Aktiviti Sukan Yang Dipertandingkan :

  • Mengutip Gula-Gula
  • Membawa Bola Pimpong Dalam Sudu
  • Meniup Belon Sampai Pecah
  • Lari Ikat Kasut
  • Lari Itik/Lompat Katak
  • Mencari Benda Tersembunyi Di Dalam Tepung
  • Futsal
  • Netbal
  • Memasukkan Bola Netbal
  • Melontar Bola Tangkis
  • Menendang Bola ke Dalam Bakul
  • Puspawangi

Semoga sukan sebegini akan terus dapat diadakan dari tahun ke tahun, bagi mengakrabkan lagi hubungan silaturahmi diantara kesemua warga SU Kiarong. Majulah Sekolah Ugamaku.

No comments: