Monday, July 13, 2009

KEBENARAN BALIK LEBIH AWAL SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM BAGINDA SULTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adalah dimaklumkan kepada semua murid Sekolah Ugama Kiarong, jam balik pada petang ini adalah di awalkan iaitu pada jam 4.30pm. Manakala bagi guru-guru pula ialah jam 5.00pm.

Ini adalah bagi sama-sama ke masjid untuk Membaca dan Memanjatkan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddini Waddaulah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kali ke-63 tahun.

"Bersempena hari yang istimewa dan bersukut baik ini, hamba Kebawah Duli Tuan Patik bagi mewakili seluruh warga Sekolah Ugama Kiarong Brunei III, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan membaharui ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan Majlis Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuan Patik yang ke-63 tahun, dengan iringan doa semoga Duli Tuanku sentiasa dalam keadaan sihat wal'afiat di bawah perlindungan dan inayah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Amin Ya Rabbil 'Alamin".

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

Sekian Wassalam.

No comments: