Tuesday, July 14, 2009

Asuhan Budi Anjuran Rangkaian Nur Islam


Bermula dari kiri: Mohd Farid, Cikgu Khairol (Guru Pengawas) dan Mohd Adly.



Kedua peserta Sekolah Ugama Kiarong bergambar bersama peserta-peserta lain selepas selesai sessi rakaman

.
14.07.2009, Selasa, 2 orang murid darjah 4 Sekolah Ugama Kiarong, terpilih untuk menjayakan rakaman rancangan Asuhan Budi sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaullah yang ke63 tahun, terbitan RTB melalui Rangkaian Nur Islam 93.3 FM. Rakaman tersebut telah dilakukan di Studio A, RTB. Awg Mohd Farid Adly Bin Hj Yussof dan Mohd Adly Norsolehin Bin Awg Kharin merupakan 2 orang murid yang dijemput khas bagi rakaman tersebut. Alhamdulillah rakam tersebut berjalan dengan lancar walaupun kedua-dua orang murid tersebut baru menerima skrip untuk dilancarkan kira-kira 1 jam sebelum proses rakaman bermula. Apa yang mengembirakan ialah kedua-dua mereka mampu menghidupkan watak yang diberikan dengan jayanya dan mendapat pujian daripada pihak Penerbit. InsyaAllah kedua-dua orang murid ini akan dijemput lagi untuk membuat rakam rancang yang sama akan tetapi bersempena Sambutan Israa Mikraj 1430 H. Syabas dan Tahniah diucapkan.

1 comment:

Priyanka said...

"I admire what you have done here. It is good to see your clarity on this important subject can be easily observed. Tremendous post and will look forward to your future update.

Thanks
SEO Services
"