Wednesday, July 8, 2009

SIJIL PEPERIKSAAN SSSRUB 1429/2008





Bismillahirahma Nirrahim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimaklumkan kepada Murid-murid Darjah 6 sesi 1429/2008 Sekolah Ugama Kiarong Brunei III. SIJIL PEPERIKSAAN SSSRUB sudah pun dikeluarkan.


Murid-murid boleh lah datang mengambil di Sekolah Ugama Kiarong pada waktu bekerja, iaitu mulai pada jam 1.30pm - 5.00pm.


Sekian Wasalam.

Wednesday, July 1, 2009

SUKAN TAHUNAN SU KIARONG 1430/2009


Acara memanaskan badan sebelum acara sukan dimulai


Penyampaian Hadiah dang Pingat oleh Guru Besar SU Kiarong, Cikgu Siti Aishah



Gelagat murid yang menyokong rumah pasukan masing-masing


Sukan mengutip gula-gula bagi darjah Pra





"Akal Yang Cerdas, Bermula Dari Tubuh Badah Yang Cergas" Pada 11-13 Jun yang lalu, sekali lagi SU Kiarong telah mengadakan Sukan Tahunan bagi tahun 1430/2009. Alhamdulillah sambutan acara yang dinantikan ini dapat berjalan dengan lancar dan meriahnya.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah beramai-ramai,di ikuti dengan Lagu Kebangsaan, Ucapan Alu-aluan daripada Guru Besar dan Acara Memanaskan Badan. 

Aktiviti Sukan Yang Dipertandingkan :

  • Mengutip Gula-Gula
  • Membawa Bola Pimpong Dalam Sudu
  • Meniup Belon Sampai Pecah
  • Lari Ikat Kasut
  • Lari Itik/Lompat Katak
  • Mencari Benda Tersembunyi Di Dalam Tepung
  • Futsal
  • Netbal
  • Memasukkan Bola Netbal
  • Melontar Bola Tangkis
  • Menendang Bola ke Dalam Bakul
  • Puspawangi

Semoga sukan sebegini akan terus dapat diadakan dari tahun ke tahun, bagi mengakrabkan lagi hubungan silaturahmi diantara kesemua warga SU Kiarong. Majulah Sekolah Ugamaku.

Monday, June 29, 2009

MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID SUK



Pada hari Isnin 8 Jun yang lalu, Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid bagi Peperiksaan Setengah Tahun telah diadakan. Ianya bertempat di blok A tingkat 1, bermula pada jam 1.45pm hingga 5.00pm. Alhamdulilah ianya dapat berjalan dengan baik dan lancar.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KAWASAN BRUNEI III 1430/2009


Pada bulan Mei yang lalu Ketua Pemimpin Guru-Guru Brunei III telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi pelajar yang mendapat kepujian Pangkat 1 grade 5 dalam Peperiksaan SSSRUB 1429/2008 yang lalu. Pelajar tersebut ialah *Dyg Saadatul fauziah, Dyg Nadzatul Eleena dan Dyg Tasneem*.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada mereka, semoga kejayaan mereka ini dapat dijadikan dorongan kepada murid-murid SUK yang lain supaya terus lebih gigih dan berusaha lagi bagi mencapai kejayaan yang dihajati.

Wednesday, May 13, 2009

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIK MENGAJAR 1430/2009


dari kanan: Cikgu Romi, Cikgu Khairul Amin, Cikgu Ikmal dan Cikgu Fardhilah


biarpun sementara namun kesedihan tak terkata.. 


Penyerahan Cenderahati kenang-kenangan kepada Cikgu Siti Aishah

Guru Besar SUK

bersalaman di akhir majlis..



"Setiap Pertemuan Pasti Akan Ada Perpisahan" Namun perpisahan itu bukanlah pengakhir bagi sebuah kehidupan. Sabtu 2 may 2009 yang lalu Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan Majlis Perpisahan Bagi Guru Yang Menjalani Praktik Mengajar bagi tahun 1430/2009. Biarpun hanya sementara, namun kemeseraan yang terjalin di antara mereka dan warga SU Kiarong adalah tidak dapat di endahkan.

Saya mewakili warga SU Kiarong ingin mengucapkan semoga maju jaya dan dapat menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang di hari nanti.

Amin.. Sekian Wasalam..

Tuesday, May 5, 2009

PEPERIKSAAN LISAN PERTENGAHAN TAHUN SU KIARONG

Sabtu 2/5 - "Man Jadda Wajada" "Siapa yang berusaha dia akan berjaya" Peperiksaan Lisan Penggal Pertengahan persekolahan bagi sekolah-sekolah ugama telah bermula, begitu juga bagi SU Kiarong, adalah dinasihatkan kepada murid-murid supaya bersedia dan memperlengkapkan diri bagi menghadapi lisan tersebut, dalam masa yang sama, ibu-bapa / penjaga murid adalah diseru bagi sama-sama memantau pembelajaran murid, supaya mereka akan lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan ini.
Doa dan Ikhtiar adalah senjata yang perlu dibekalkan. Guru-guru akan sentiasa mendoakan kejayaan murid semua,Ameen...