Wednesday, August 6, 2008

Perperiksaan Lisan SSSRUB SUK Bermula





Selasa- 3hb Sya'aban 1429h bersamaan 5hb Ogos 2008m, Peperiksaan Lisan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSSRUB) bagi murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Kiarong Kawasan Brunei III telah pun bermula. Ianya telah bermula dari 5-7 Ogos lalu, Peperiksaan tersebut mengambil tempat di pejabat Guru Besar SUK, Cikgu Siti Aisyah bte Hj Selamat (Guru Besar SUK)

Biarpun jelas terukir senyuman di wajah murid-murid ini, namun jauh di dalam hati mereka tersimpan rasa takut dan gementar dalam menghadapi peperiksaan lisan ini. Alhamdulillah dengan dorongan motivasi, serta nasihat yang diberikan oleh guru-guru mereka, dengan usaha yang diberikan oleh mereka ini dan diiringi lagi dengan doa, insya'allah kejayaan pasti akan dicapai. Guru-Guru serta Ibubapa akan sentiasa mendoakan akan kejayaan mereka, amin....

Apa yang pasti "Sesunggohnya Allah Subhanah Wata'ala Tidak Akan Mensia-siakan Usaha Seseorang Itu" Berjuang lah murid ku...

Wallahu'alam..

No comments: