Sunday, August 1, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ & PERPISAHAN GURU-GURU TAMAT PRAKTIK MENGAJAR


Pada hari Sabtu, 31 Julai 2010 bersamaan 19 Sya'ban 1431 yang lalu, Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' Mi'raj dan Perpisahan Guru-guru Tamat Latihan Praktik Mengajar KUPUSB yang berlangsung di Dewan Besar Sekolah Rendah Kiarong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong Cikgu Dk Nurul Rashidah bte Pg Hj Abd Nizam.

Diantara perisian pada hari tersebut ialah persembahan Mari Bercerita yang telah disampaikan oleh Norezzaty Bazilah bte Suffry daripada Darjah 4 Alif yang bertajuk " AKIBAT TIDAK BERSYUKOR" dan Amal Nabilah bte Hj Hussin daripada Darjah 4 Tsa yang bertajuk "GANJARAN BERSEDEKAH".

Semoga majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi dari masa ke semasa amin.

Monday, January 25, 2010

LANSKAP SU KIARONG


Pada hari rabu yang lalu 20hb Januari 2010, Guru-guru Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan aktiviti riadah iaitu membuat "Mini Lanskap", yang mana dijangka akan siap pada pertengahan Februari ini. Adapun tujuan ianya diakan adalah bagi memperindahkan lagi kawasan sekolah dan juga bagi menunjukkan rasa kerjasama dan kesepaduan diantara Sekolah Rendah Kiarong dengan Sekolah Ugama Kiarong.

Wednesday, December 23, 2009

Bilik Guru-guru Diperkemaskan Lagi

Aksi-aksi Cgu Zool Hamly mengusai bilik guru.

Sebelum tahun baru 2010 masihi membuka tirainya iaitu musim persekolahan tahun baru bermula, seperti biasa guru-guru Sekolah Ugama Kiarong sibuk mengemaskinikan lagi bilik guru-guru bagi keselesaan semua pihak. Cuti sekolah terpaksa dikorbankan demi memastikan hasrat tersebut tercapai. Semoga tahun 2010 akan lebih banyak membawa kejayaan kepada Sekolah Ugama Kiarong.

Thursday, December 17, 2009

PROSES PENGUBAHSUAIAN

Salam Sejahtera, saya mewakili editor Blog SUK ingin memohon kemafaan kepada pengujung sekalian diatas kurangnya pengemaskinian website SUK. Ini disebabkan beberapa perkara yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Insya-allah website SUK akan kembali mula beroperasi Se awal tahun baru Hijrah yang akan datang tidak lama lagi. Saya mewakili bahagian editor SUK ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kunjungan dan nasihat serta buah fikiran yang dapat di kongsikan bersama oleh pengunjung sekalian.

Sekian, asalamualaikum..

Friday, September 11, 2009

RAHSIA RAMADHAN


5 Rahsia Nikmati Ibadat Puasa



DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

Menyihatkan badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.




Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).

Saturday, July 18, 2009

Rakaman Ke 2 Asuhan Budi (Sempena Sambutan Israa dan Mikraj)


Mohd Farid dan Mohd Adli Norsolehin merupakan 2 orang wakil murid Sekolah Ugama Kiarong yang diundang khas oleh Rangkaian Nur Islam untuk menjayakan Rakaman bagi rancangan Asuhan Budi sempena sambuta Israa dan Mikraj tahun 1430 H. Inilah salah satu usaha daripada pihak Sekolah untuk mengembangkan bakat serta potensi yang ada pada setiap murid-murid. Semoga murid-murid sekolah Ugama Kiarong akan sentiasa berada didalam kecemerlangan. Amin.

Peperiksaan Lisan Calon Sekolah Arab bagi tahun 2009


Peperiksaan Lisan bagi pemilihan calon ke sekolah arab bagi tahun 2010 telah pun bermula di Sekolah Ugama Kiarong. Peperiksaan lisan tersebut berlangsung lebih kurang 5 hari bermula daripada 13.07.2009 hingga 21.07.2009. Seramai 48 orang murid-murid Sekolah Ugama Kiarong mengikuti peperiksaan tersebut iaitu serama 8 orang murid-murid lelaki dan 40 orang murid-murid perempuan. Pihak sekolah mendoakan semoga murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut akan mendapat kejayaan seterusnya tercapai apa jua segala yang mereka hajati dan cita-citakan.