Wednesday, January 7, 2009
WAJAH BARU SUK 1430/2009
Kini Sekolah kita sudah diperbaharui dan diubahsuai dengan cantik, adalah dinasihatkan kepada semua warga SU.Kiarong supaya kita sama-sama menjaga dan memelihara sekolah kita, kerana kalau bukan kita siapa lagi
Wasalam..
KEMBALI KE SEKOLAH
Salam sejahtera, Saya mewakili Editor dan Guru-Guru Sekolah Ugama Kiarong, ingin mengucapkan selamat memulakan kembali persekolah bagi murid SUK. Dengan bermulanya tahun baru ini, adalah diharapkan murid-murid supaya akan dapat lebih berdaya saing, tekun dan berazam tahun 1430/2009 lebih baik dari tahun lalu.
PESANKU:-
"Jika ada kemahuan untuk berjaya, kamu sudah separuh jalan ke arah kejayaan. Jika tidak, kamu sebenarnya separuh jalan menuju kegagalan.Berusahalah murid-murid ku,kerana perjalanan mu masih jauh"
Friday, December 12, 2008
PENYAMPAIAN HADIAH IHYA RAMADHAN



Bandar Seri Begawan, Sabtu 13/12 - Acara Penyampaian hadiah Pertandingan Ihya Ramadhan bagi Sekolah-Sekolah Ugama anjuran RTB dan Pusat Dakwah telah pun berlangsung di dewan Pusat Dakwah. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah Subhanah WaTaala, SU Kiarong telah berjaya mendapat tempat ke-3 daripada 29 buah sekolah yang ikut bertanding dari ke empat-empat daerah. Saya selaku Editor mewakili guru-guru SU Kiarong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang sama-sama ikut menjayakan pertandingan tersebut.
Wednesday, December 3, 2008
TAKLIMAT PERTANDINGAN IHYA RAMADHAN
Sabtu 29/11 yang lalu taklimat bagi keputusan Pertandingan Ihya Ramadhan yang di anjurkan oleh RTB dan Pusat Dakwah Islamiah pada bulan julai lalu,telah pun diumumkan. Alhamdulillah bersyukor kehadrat Allah Subhanah WaTaala yang mana dalam Pertandingan tersebut SU Kiarong telah mendapat tempat Ketiga keseluruhan daripada 30 buah sekolah yang terpilih. Pujian patut diberikan kepada murid-murid yang menyertai pertandingan tersebut.
Friday, November 21, 2008
MAJLIS MUZAKARAH DAN MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID & CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN PENGGAL KE 4
Dengan segala penuh hormat dan takzim, sukacitanya dimaklumkan Majlis Muzakarah dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid Insya Allah akan diadakan pada :
- Tarikh : 26 Zulkaedah 1429H / 25 November 2008M
- Hari : Selasa
- Masa : 2.00pm hingga 5.00pm
- Tempat : Dalam Bilik Darjah (mengikut kelas masing-masing)
Sehubungan dengan perkara di atas, pihak sekolah sangat-sangat mengharapkan serta mengalu-alukan ibu-bapa / penjaga murid-murid bagi sama-sama membincangkan pembelajaran dan pencapaian anak-anak biskita disepanjang tahun 2008 ini.
Pihak sekolah juga ingin memaklumkan bahawa Cuti Persekolahan bagi Penggal ke 4 akan bermula pada Hari Selasa 02hb. Disember 2008 hingga Hari Ahad,04hb January 2009. Sekolah akan dibuka semula pada Hari Isnin, o5hb. January 2008
Kerjasama dan pemerhatian biskita dalam perkara ini sangat-sangat diharapkan dan ke arah itu terlebih dahulu pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.









