Friday, February 22, 2013

Pertandingan Mewarna Bendera Negara Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke:29





Program Keugamaan Senegara







Pihak sekolah menyambut baik Program Keugamaan Senegara anjuran JPI yang diselaraskan dengan serentak seluruh negara.









Murid Berkeperluan Khas pun tidak terkecuali ikut serta bersama-sama bagi menjayakan Program Keugamaan Senegara.

Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul Bersama PIBG SR. Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong.

Bagi sama-sama mengimarahkan lagi Hari Kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasalam warga Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong telah sama-sama hadir ke Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul bersama PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong. Semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan dalam meraikan majlis yang penuh barakah ini, amin.

Pembukaan Dikir Maulidurasul




Alhamdulillah, pada bulan 23 Januari 2013 lalu SU Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong Kawasan Brunei III telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul, Majlis dimulakan dengan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Cikgu Abd Qayyum guru yang menjalani praktik mengajar di Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong, warga sekolah tidak melepaskan peluang bagi sama-sama mengimarahkan lagi, hari kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam, semoga majlis yang berkebajikan ini akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Subhanah Wataala..Amin

Wednesday, March 16, 2011

Lawatan Ke BKN

Khamis bersamaan 10.3.2011, seramai lebih kurang 20 orang Ktua-ketua Murid dan juga Ketua-ketua Kebersihan bagi sessi 2011 Sekolah Ugama Datu Ratna Hj Mohamad Jaafar, Kiarong, telah pun diberikan kesempatan untuk melawat ke Biro Kawalan Narkotik, Tungku.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti pengayaan murid-murid sekolah ini, disamping memberikan beberapa pengalaman yang berharga serta memupuk sikap-sikap positif dikalangan murid-murid sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan sentiasa dilaksanakan dari masa kesemasa dan akan cuba di variasikan mengikut ketetapan waktu yang terluang.

Katakan NDA pada Dadah.


 Keceriaan pada wajah murid-murid jelas terpancar sewaktu mereka berada di dalam BUS menuju ke BKN


 Suasana di dalam BUS


 Murid-murid dan guru-guru tiba di BKN


 Riaksi wajah salah seorang daripada murid-murid yang membuat lawatan sewaktu sessi ceramah dijalankan


Cikgu Zul bergambar bersama murid-murid di bilik pameran BKN


 Ketua-ketua Murid dan juga Ketua-ketua Kebersihan bagi murid Lelaki


"NDA!!!...kami nda mau DADAH"


Ketua-ketua Murid dan juga Ketua-ketua Kebersihan bagi murid Perempuan

 

"Kami pun nda mau DADAH"....NDA!!!....


Guru-guru pengawas bergambar bersama salah seorang penceramah daripada BKN


Murid-murid bergambar ramai di hadapan bangunan BKN


"KATAKAN NDA PADA DADAH"

Sunday, August 1, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ & PERPISAHAN GURU-GURU TAMAT PRAKTIK MENGAJAR


Pada hari Sabtu, 31 Julai 2010 bersamaan 19 Sya'ban 1431 yang lalu, Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' Mi'raj dan Perpisahan Guru-guru Tamat Latihan Praktik Mengajar KUPUSB yang berlangsung di Dewan Besar Sekolah Rendah Kiarong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Guru Besar Sekolah Ugama Kiarong Cikgu Dk Nurul Rashidah bte Pg Hj Abd Nizam.

Diantara perisian pada hari tersebut ialah persembahan Mari Bercerita yang telah disampaikan oleh Norezzaty Bazilah bte Suffry daripada Darjah 4 Alif yang bertajuk " AKIBAT TIDAK BERSYUKOR" dan Amal Nabilah bte Hj Hussin daripada Darjah 4 Tsa yang bertajuk "GANJARAN BERSEDEKAH".

Semoga majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi dari masa ke semasa amin.

Monday, January 25, 2010

LANSKAP SU KIARONG


Pada hari rabu yang lalu 20hb Januari 2010, Guru-guru Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan aktiviti riadah iaitu membuat "Mini Lanskap", yang mana dijangka akan siap pada pertengahan Februari ini. Adapun tujuan ianya diakan adalah bagi memperindahkan lagi kawasan sekolah dan juga bagi menunjukkan rasa kerjasama dan kesepaduan diantara Sekolah Rendah Kiarong dengan Sekolah Ugama Kiarong.