Thursday, March 19, 2009

Wednesday, March 18, 2009

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULIDIR RASUL S.A.W










Khamis 18/3 - Warga SU Kiarong telah pun mengadakan Majlis Penutup Dikir Mauludir Rasul SAW bagi tahun 1430/2009, Majlis dimulakan dengan bacaan selawat seterusnya dikir Ashraqal dan Bisharin yang dipimpin oleh Cikgu Romi Guru Pelatih Tahun Akhir. Alhamdulilah majlis dapat berjalan dengan lancar, semoga majlis yang penoh keberkatan ini akan dapat diteruskan di hari-hari mendatang.

Sekian Wasalam.

Wednesday, March 11, 2009

UJIAN BULANAN PENGGAL PERTAMA BERMULA

Ujian Bulanan penggal pertama S.U Kiarong telahpun bermula pada hari rabu 11 March kemarin, Diharap murid-murid akan membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi ujian tersebut. Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Berjuang dan Bit Taufiq Wannajah.

Tuesday, March 10, 2009

MUZAKARAH BERSAMA UNIT KENAZIRAN KAWASAN BRUNEI III



Muzakarah bersama Cikgu Hj Md Yusof bin Hj Abd Latif, Bahagian Unit Kenaziran Kawasan Brunei III, yang mana dalam penerangan beliau banyak menyentuh mengenai pengalaman beliau, yang dapat dikongsikan bersama bagi mencapai kaedah pengajaran yang sesuai  dalam mengajar bagi rendah atas dan rendah bawah.

PERARAKKAN MAULIDIRASUL 1430/2009




Saturday, March 7, 2009

PERTANDINGAN SYARAHAN PERINGKAT KAWASAN BAGI BRUNEI III



Khamis 7/3 - "Kecil jangan disangka anak, Besar jangan disangka bapak", begitulah Awg Md Farid Adli bin Hj Yusof dan Dyg Mumtazah bte Hj Kassim yang mewakili SU Kiarong dalam PERTANDINGAN SYARAHAN TAFSIR AL-QURAN (PERINGKAT PEMILIHAN) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA & SEKOLAH ARAB, KAWASAN BRUNEI III 2009M / 1430H, dengan membawakan tajuk "Pergaulan Dalam Islam". Biarpun berbadan kecil,namun semangat juang dan daya saing yang mereka tunjukkan mereka masih mampu memberikan saingan sengit kepada peserta yang menyertai dalam pertandingan tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka,Sekian Wasalam..