Thursday, October 30, 2008

JADUAL PEPERIKSAAN TAHRIRI BAGI SU KIARONG 1429H/2008M






Dengan segala penuh hormat dan takzim, merujuk kepada surat keliling yang diedarkan pada minggu yang lalu, adalah dimaklumkan kepada Ibu-Bapa / Penjaga murid berhubung dengan Peperiksaan tersebut, dipohonkan kerjasama Ibu-bapa / penjaga murid sekalian supaya akan dapat memantau dan memastikan anak-anak biskita mengulangkaji pelajaran masing-masing.

Wasalam.

Wednesday, October 29, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI GURU S.U KIARONG












Selasa  28/10 - Alhamdulilah hari yang di nantikan oleh murid-murid dan guru-guru iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru Sekolah Ugama Kiarong telah berjaya diadakan dan dijalankan dengan jayanya. Biarpun kita sedia maklum bahawa kita sudah berada di penghujung bulan syawal, namun kemeriahan ketika sambutan hari raya tersebut memang tidak dapat dinafikan lagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah yang dipimpin oleh Cikgu Abd Muizz bin Hj Ibrahim, dan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Siti Aishah bte Hj Selamat (Guru Besar SUK) dan seterus persembahan Takbir Hari Raya yang dibawakan oleh guru-guru lelaki SU Kiarong. Setelah itu Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Selamat sempena sambutan Majlis tersebut,yang mana ianya dibacakan oleh Cikgu Ak Md Fakhrulrazi bin Pg Hj Omar,dan diikuti dengan menikmati jamuan dan cabutan nombor bertuah bagi Guru dan Murid. Selain dari itu, ada juga ada sedikit kejutan iaitu Sambutan Hari Ulang Tahun bagi Cikgu Hjh Rusnee (Penolong Guru Besar) majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan yang lain iaitu lakonan Pentomen, bacaan Sajak, Pakaian Paling Cantik dan Meja Berhias..

Apa yang diharapkan, semoga majlis yang meriah ini akan dapat terus diadakan lagi dari tahun ke tahun. ameen..

Wasalam.


Monday, October 27, 2008

KAWASAN PEPERIKSAAN


Salam sejahtera, adalah di maklumkan kepada semua murid supaya jangan berlegar di kawasan tempat peperiksaan sedang di jalankan, seperti semua maklum, sekolah kita telah terpilih menjadi salah satu pusat bagi Peperiksaan A'level dijalankan, kerjasama semua adalah sangat-sangat di harapkan.

Sekian terima kasih.

Thursday, October 23, 2008

PEPERIKSAAN LISAN AKHIR TAHUN

Jelas kelihatan salah seorang murid sedang membantu rakannya dalam mentasmi' hafalan bagi peperiksaan  lisan Amali Ugama



Peperiksaan Lisan bagi rendah bawah dan rendah atas sedang dijalankan.

Rabu 22/10 - "Sediakan Payung Sebelum Hujan" "Sediakan Sampan Sebelum Bah" itulah pepatah yang sering kita dengar dalam kita bersedia menghadapi sesuatu perkara,kini Peperiksaan Lisan Penggal Akhir persekolahan bagi sekolah-sekolah ugama telah bermula, adalah dinasihatkan kepada murid-murid supaya bersedia dan memperlengkapkan diri bagi menghadapi lisan tersebut, dalam masa yang sama, ibu-bapa / penjaga murid adalah diseru bagi sama-sama memantau pembelajaran murid, supaya mereka akan lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan ini. Guru-guru akan sentiasa mendoakan kejayaan murid semua,Ameen...

Moleklah "payung dan sampan" tersedia, biarkan lah ia "bah", biar kita menunggu Hujan dilangit..

Wasalam.

Wednesday, October 22, 2008

PENUTUPAN DARJAH VI BAGI TAHUN 1430H / 2009M

Dengan penuh hormat dan takzim, adalah di maklumkan kepada pihak Ibu-bapa atau penjaga murid bahawa, pada tahun 1430H/2009M Darjah VI bagi Sekolah Ugama Kiarong adalah di tutup. Untuk itu hanya murid-murid Darjah Pra hingga darjah V sahaja yang akan bersekolah di sekolah ini.


Di antara sebab kelas atau darjah berkenaan tidak di bukakan di sekolah ini adalah kerana:-


1. Bilik darjah untuk menampung murid-murid darjah VI 1430H/2009M tidak mencukupi.

2. Kelas yang diberikan dan dibukakan kepada pihak sekolah ugama adalah terhad.

3. Pihak sekolah hanya mampu menampung seramai 500 orang murid sahaja.


Untuk makluman kehadapan Ibu-bapa atau penjaga murid, beberapa perbincangan telah dibuat bersama Guru Besar Sekolah Rendah Kiarong, dan hasil daripada perbincangan tersebut hanya 12 bilik kelas sahaj boleh digunapakai oleh sekolah ugama.


Sehubungang dengan itu, Ibu-bapa atau penjaga murid, bolehlah memindahkan anak-anak biskita dan berhubung terus secepat mungkin bagi pemindahan sekolah-sekolah anak-anak biskita bagi tahun 1430H/2009M di mana sekolah-sekolah ugama berdekatan.


Sekian untuk makluman dan kerjasama daripada ibu-bapa / penjaga murid adalah sangat-sangat diharapkan. Saya bagi pihak sekolah, ingin memohon kemaafan dari sebarang kesulitan yang dihadapi. Sekian terima kasih.


Wasalam.


Tuesday, October 14, 2008

PENYERAHAN MUSHAF BRUNEI DARUSSALAM EDISI KECIL

Guru kelas di bantu oleh murid-murid dalam penyerahan Mushaf Brunei Darussalam Edisi kecil kepada sekalian murid-murid.

Seterusnya murid-murid di berikan pelekat yang mana di dalamnya mengandungi nama bagi murid, dan di lekat pada awal muka surat Mushaf itu, ini bertujuan bagi mengelakkan dari bertukar dengan murid-murid yang lain.  

Tuesday, October 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilham... Saya Mewakili Editor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat di Negara ini, khususnya kepada warga Sekolah Ugama Kiarong, dan semoga Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya. Amin..

SAMBUTAN JUBLI EMAS MASJID SOAS


BANDAR SERI BEGAWAN - Ahad 26/9 - Sekolah Ugama Kiarong telah diberi kepercayaan dalam sama-sama menyelenggarakan salah satu majlis besar di Negara ini iaitu Majlis Sambutan Jubli Emas Masjid Omar Ali Saifuddin iaitu 50 tahun terbenanya Masjid tersebut. Ianya bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 1.30 petang, dan ianya di langsungkan bagi kesinambungan Sempena Nuzul Al'Quran 1429H, Alhamdulillah biarpun dalam keadaan cuti dan berpuasa, pujian patut diberikan kepada murid-murid dan guru-guru yang datang dalam sama-sama menjayakan majlis pada hari tersebut. Saya mewakili pihak sekolah mengucapkan terima kasih.

Wasalam