Wednesday, December 23, 2009
Bilik Guru-guru Diperkemaskan Lagi
Thursday, December 17, 2009
PROSES PENGUBAHSUAIAN
Sekian, asalamualaikum..
Friday, September 11, 2009
RAHSIA RAMADHAN
5 Rahsia Nikmati Ibadat Puasa
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.
Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Mendidik keinginan ke arah kebaikan.
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.
Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).
Saturday, July 18, 2009
Rakaman Ke 2 Asuhan Budi (Sempena Sambutan Israa dan Mikraj)
Peperiksaan Lisan Calon Sekolah Arab bagi tahun 2009
Thursday, July 16, 2009
MEMBACA YASSIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM BAGINDA SULTAN YANG KE-63
Pada hari Selasa 14/7 yang lalu warga SU Kiarong telah pun mengadakan Membaca Yassin dan memanjatkan Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah yang ke-63
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.
Tuesday, July 14, 2009
Asuhan Budi Anjuran Rangkaian Nur Islam
.
Monday, July 13, 2009
KEBENARAN BALIK LEBIH AWAL SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM BAGINDA SULTAN
Ini adalah bagi sama-sama ke masjid untuk Membaca dan Memanjatkan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddini Waddaulah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kali ke-63 tahun.
"Bersempena hari yang istimewa dan bersukut baik ini, hamba Kebawah Duli Tuan Patik bagi mewakili seluruh warga Sekolah Ugama Kiarong Brunei III, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan membaharui ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan Majlis Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuan Patik yang ke-63 tahun, dengan iringan doa semoga Duli Tuanku sentiasa dalam keadaan sihat wal'afiat di bawah perlindungan dan inayah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Amin Ya Rabbil 'Alamin".
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.
Sekian Wassalam.
Thursday, July 9, 2009
SEMBAHYANG HAJAT DAN MEMBACA YASSIN MENGHINDAR VIRUS H1N1
Pada hari Isnin yang lalu warga SU Kiarong telah mengadakan Sembahyang Sunat Hajat yang di imamkan Cikgu Ak Md Fakhrulrazi bin Pg Hj Omar, di ikuti dengan membaca Surah Yassin yang di pimpin oleh Cikgu Md Fahmi bin Hj Metussin, bagi dihindari dan dilindungi oleh Allah Subhanahwata'ala daripada Virus A H1N1 yang sedang melanda negara kita ini.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah Subhanahwa Ta'ala, amin.
Sekian Wassalam.
Wednesday, July 8, 2009
SIJIL PEPERIKSAAN SSSRUB 1429/2008
Bismillahirahma Nirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimaklumkan kepada Murid-murid Darjah 6 sesi 1429/2008 Sekolah Ugama Kiarong Brunei III. SIJIL PEPERIKSAAN SSSRUB sudah pun dikeluarkan.
Murid-murid boleh lah datang mengambil di Sekolah Ugama Kiarong pada waktu bekerja, iaitu mulai pada jam 1.30pm - 5.00pm.
Sekian Wasalam.
Tuesday, July 7, 2009
Wednesday, July 1, 2009
SUKAN TAHUNAN SU KIARONG 1430/2009
Acara memanaskan badan sebelum acara sukan dimulai
Penyampaian Hadiah dang Pingat oleh Guru Besar SU Kiarong, Cikgu Siti Aishah
Gelagat murid yang menyokong rumah pasukan masing-masing
Sukan mengutip gula-gula bagi darjah Pra
"Akal Yang Cerdas, Bermula Dari Tubuh Badah Yang Cergas" Pada 11-13 Jun yang lalu, sekali lagi SU Kiarong telah mengadakan Sukan Tahunan bagi tahun 1430/2009. Alhamdulillah sambutan acara yang dinantikan ini dapat berjalan dengan lancar dan meriahnya.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Alfatihah beramai-ramai,di ikuti dengan Lagu Kebangsaan, Ucapan Alu-aluan daripada Guru Besar dan Acara Memanaskan Badan.
Aktiviti Sukan Yang Dipertandingkan :
- Mengutip Gula-Gula
- Membawa Bola Pimpong Dalam Sudu
- Meniup Belon Sampai Pecah
- Lari Ikat Kasut
- Lari Itik/Lompat Katak
- Mencari Benda Tersembunyi Di Dalam Tepung
- Futsal
- Netbal
- Memasukkan Bola Netbal
- Melontar Bola Tangkis
- Menendang Bola ke Dalam Bakul
- Puspawangi
Semoga sukan sebegini akan terus dapat diadakan dari tahun ke tahun, bagi mengakrabkan lagi hubungan silaturahmi diantara kesemua warga SU Kiarong. Majulah Sekolah Ugamaku.
Monday, June 29, 2009
MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID SUK
Pada hari Isnin 8 Jun yang lalu, Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid bagi Peperiksaan Setengah Tahun telah diadakan. Ianya bertempat di blok A tingkat 1, bermula pada jam 1.45pm hingga 5.00pm. Alhamdulilah ianya dapat berjalan dengan baik dan lancar.
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KAWASAN BRUNEI III 1430/2009
Pada bulan Mei yang lalu Ketua Pemimpin Guru-Guru Brunei III telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi pelajar yang mendapat kepujian Pangkat 1 grade 5 dalam Peperiksaan SSSRUB 1429/2008 yang lalu. Pelajar tersebut ialah *Dyg Saadatul fauziah, Dyg Nadzatul Eleena dan Dyg Tasneem*.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada mereka, semoga kejayaan mereka ini dapat dijadikan dorongan kepada murid-murid SUK yang lain supaya terus lebih gigih dan berusaha lagi bagi mencapai kejayaan yang dihajati.
Wednesday, May 13, 2009
MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIK MENGAJAR 1430/2009
dari kanan: Cikgu Romi, Cikgu Khairul Amin, Cikgu Ikmal dan Cikgu Fardhilah
biarpun sementara namun kesedihan tak terkata..
Penyerahan Cenderahati kenang-kenangan kepada Cikgu Siti Aishah
Guru Besar SUK
bersalaman di akhir majlis..
"Setiap Pertemuan Pasti Akan Ada Perpisahan" Namun perpisahan itu bukanlah pengakhir bagi sebuah kehidupan. Sabtu 2 may 2009 yang lalu Sekolah Ugama Kiarong telah mengadakan Majlis Perpisahan Bagi Guru Yang Menjalani Praktik Mengajar bagi tahun 1430/2009. Biarpun hanya sementara, namun kemeseraan yang terjalin di antara mereka dan warga SU Kiarong adalah tidak dapat di endahkan.
Saya mewakili warga SU Kiarong ingin mengucapkan semoga maju jaya dan dapat menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang di hari nanti.
Amin.. Sekian Wasalam..
Tuesday, May 5, 2009
PEPERIKSAAN LISAN PERTENGAHAN TAHUN SU KIARONG
Friday, April 24, 2009
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'
Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'
Thursday, April 23, 2009
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Pujian patut diberikan kepada murid-murid yang telah mengikuti pertandingan ini dan berjaya mengharumkan nama sekolah pada pertandingan Dikir Syarafil Anam ke - 14 ini.
Syabas dan Tahniah diucapkan.
Monday, April 6, 2009
SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
MELENTUR BULOH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Amal Ibadat dalam kehidupan seharian kita perlu lah dijaga dan dipelihara supaya ianya tidak tercemar. Demikian lah juga bagi murid-murid Darjah Pra SU Kiarong, yang diberi bimbingan cara berwudhu' yang betul dan teratur. Mereka ini akan terus dipantau dari masa ke semasa supaya cara pengambilan Wudhu' mereka akan dapat terpelihara.