Thursday, February 28, 2013

Selamat Hari Kebangsaan Ke.29


Mewakili Admin Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong Kawasan Brunei III ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke.29 kepada semua warga Sekolah-Sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam.

Friday, February 22, 2013

Pertandingan Mewarna Bendera Negara Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke:29





Program Keugamaan Senegara







Pihak sekolah menyambut baik Program Keugamaan Senegara anjuran JPI yang diselaraskan dengan serentak seluruh negara.









Murid Berkeperluan Khas pun tidak terkecuali ikut serta bersama-sama bagi menjayakan Program Keugamaan Senegara.

Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul Bersama PIBG SR. Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong.

Bagi sama-sama mengimarahkan lagi Hari Kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasalam warga Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong telah sama-sama hadir ke Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul bersama PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong. Semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan dalam meraikan majlis yang penuh barakah ini, amin.

Pembukaan Dikir Maulidurasul




Alhamdulillah, pada bulan 23 Januari 2013 lalu SU Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong Kawasan Brunei III telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul, Majlis dimulakan dengan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Cikgu Abd Qayyum guru yang menjalani praktik mengajar di Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong, warga sekolah tidak melepaskan peluang bagi sama-sama mengimarahkan lagi, hari kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam, semoga majlis yang berkebajikan ini akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Subhanah Wataala..Amin